"labu...angkat kain dijemuran..hujan sudah turun..."
"baik pak!"
heuheuheu!! gediknya!
apakah kisah pada kali ini?
apakah kisah pada kali ini?
begini..pada suatu hari...bla bla bla..
:P
hari ni kelas pertama aku bagi On Side Guide..
kebiasaannya aku merempit..
tapi aku telah dihantar oleh makku..
saja je bermalas-malasan..
tapi aku telah dihantar oleh makku..
saja je bermalas-malasan..
jadi balik pun mestilah makku jemput kan?
agak lama juga la nak tunggu my mom jemput kan..
so aku lepak la kat kedai dengan kawan-kawan sementara menunggu kak nor(mak aku)..
selepas itu, aku dan mak aku pergi ke satu destinasi ni..
nak pergi potostet sesuatu..
sedang aku leka menunggu kehadiran mak yang lambat..
aku call la Dr. Mira Mohr..
saja nak lepaskan rindu..
bla bla bla bla bla ..
lepas tu baru nak sambung baca novel yang aku pegang di tangan,
tiba-tiba...
tuk tuk tuk!!
cermin kereta diketuk
"aish, kacau betul la, sapa ni..."
aku pun toleh,
"oh mak aih! tanjat kita tau.. :P"
"aish, kacau betul la, sapa ni..."
aku pun toleh,
"oh mak aih! tanjat kita tau.. :P"
Aku : "eh, haha, ye la..terima kasih"
Jurujual:"comelnya pipi akak, senyuman akak...rasa macam nak cubit-cubit je pipi tu!", aik minah ni..nak puji-puji pula, cakap je la nak suruh aku beli barang kau..
Aku :"haha, ye ye..tak adalah..biasa je.. :P", kembang kejap..dalam hati, kacau la dia ni..aduhai..
Jurujual:" Hui, kusyuk betul akak membaca novel tu ye? sampai tak perasan saya di sebelah"
Aku :"Eh, tak la ='="
Jurujual:"kak, saya ada jual buku kak..hah..ini dia..tapi buku agama sikit la kak"
Aku :"eh, kau ingat aku ni tak tahu agama ke? adohai..", malangnya ayat ini hanya melantun dalam hati aku je..sebaliknya aku hanya menyambut huluran buku di tangannya..
buku ini daaaa.. :) |
Aku :"buku je ke? tak ada CDnya?"
Jurujual:"hah...ada ada ada kak..ini dia..", sambil menghulurkan kepada aku.. "buku ni kalau kat luar akak beli RM 24 kak..tapi ini kami bagi akak separuh harga..RM 12 je kak", seraya tersenyum ke arahku
Aku :aku membelek-belek buku tu,"hurm bagus juga ni..nak beli la..tapi duit aku ada RM 11 je ni..acane?", ayat ini bergolek-golek di dalam hatiku sahaja.."tapi duit saya tak cukup la..", cis! tak malu ke cakap macam tu? hahaha, buat malu keturunan Tengku Joe je..muahahaha
Jurujual:"Oh. tak cukup ke? berapa yang akak ada?" masa tu pulak mak aku otw nak datang ke arah kereta..oh tidakkk
Aku :"ni ha..", aku tunjukkan dia satu persatu setiap zip yang ada kat beg aku.."ada RM 11 je..", buku tu aku dah pegang..mak aku pula masuk kereta..cis!
Jurujual:"kak ni sapa kak, mak akak ke? sambil mengambil duit dari tangan aku yang hanya ada RM 11..
Aku :"Eh, tak la..ni..emm driver saya", wah, dengan bangganya aku cakap macam tu..padahal dalam hati mampus takut mak aku belangkung aku..heuheuheu..
Jurujual:"driver? oh ka..hah kak..tengok ni kak..akak perempuan bawa teksi kan..beli la kak"
Mak :"eh tak apalah, saya nak cepat ni..ada nak amik customer lain pula..", mak aku cuba berdalih..hai minah ni..aku dah beli dah la..nak suruh driver aku beli pula..cit podah!
Jurujual:"ok kak, terima kasih kak..", aku pun menaikkan kembali cermin dan kereta meluncur pergi meninggalkannya terkebil2 mencari mangsa seterusnya..
setelah kereta meluncur menjauhi minah tu, aku memulakan bicara,
Aku: mak, sorry la..orang cakap mak driver orang pulak
Mak: tak apa..ok je..
lepas tu kereta yang kami naiki bergetar dengan suara nyaring ketawa kami..muahahahah!!!!
*perbualan seterusnya tak boleh disebarkan di sini. harap maaf.. :)
P/S: berkorbanlah apa sahaja demi ilmu, walaupun sehingga ke helaian wang yang terakhir!
SEKIAN, TERIMA KASIH!