EMPAT
FOUR
Si (四)
adalah istilah yang sangat kejam,tragis, emosi, dan pelbagai lagi perasaan yang ada..
kerana..
Si (四) adalah mati dalam kepercayaan segelintir kaum cina
aku sendiri benci no 4 ni..
kerana..
tahun ini sahaja..
TAHUN INI SAHAJA..
aku telah kehilangan 4 ekor kucing!
benggg!! bukan mati kena tembak.. tapi...sudah ajal.. apa boleh dilakukan lagi..? |
tahun ini sahaja (2012)..
aku telah kehilangan kucing putih aku..putih/bakuteh namanya..
dia menghilangkan diri..
entah ke mana..
tanpa sebarang jejak..
bulan APRIL (4)..
aku telah kehilangan dua ekor kucing dalam bulan yang sama..
iaitu Bakutam dan Batuning..
Bakutam mati dilanggar motor orang gila bawa motor..
Batuning dilanggar secara tak sengaja oleh mak aku..
dan dan dan dan dan!!
hari ni..pagi ini pada jam 3.40 am..
kucing aku..
kucing terakhir yang aku ada kini..
yang sedang sarat mengandung..
telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..
bersama anak yang masih diperutnya..!
batina namanya..
batina ni memang seekor kucing yang ganas, nakal, lincah, dan tomboy kot..
kucing pun ada tomboy???
sebab dia nampak kucing jantan je, dia akan kejar dan gaduh..
tapi lama kelamaan, aku seperti tak percaya pabila suatu hari tu..
dia balik ke rumah dengan bulu yang serba tidak terurus!
oh tidakk..kucingku telah diperkosa! :P
setelah beberapa bulan menanti kelahiran baby barunya..
penantian hanya tinggal penantian..
kerana..batina sudah tiada lagi..
di dunia ini..
tamatla riwayat seekor kucing catwoman aku..
kucing putih bertompok hitam kekelabuan, dan mempunyai seakan-akan topeng di wajahnya..
gud bye sayang..love u..miss u..batuning..bakutam.. :"(