Sunday, 8 July 2012

][][][][][][ AKULAH CINDERELLA ][][][][][]

what?
akulah cinderella?
siapa??
aku ke?
hahaha..bukan la..
tapi novel yang aku baru beli ni..
selamat membaca!




Sinopsis


Nur Aisyah yang biasa dipanggil Syah adalah seorang gadis manis yang cekal menggalas tugas kedua orang tuanya yang telah pergi buat selama-lamanya. Seorang yang tegas, bertanggungjawab dan sangat melindungi lima orang adik-adiknya. ketiadaan ibu dan ayah memaksa dia membulat tekad berhenti sekolah untuk bekerja dan menukar imej menjadi seorang tomboi demi tidak menjadi mangsa buli lagi.

Takdir telah menentukan Syah dengan Shafiq, seorang lelaki yang panas baran dan bermulut celupar yang dilabel sebagai musuh utamanya. Bencinya terhadap lelaki itu melangit tinggi sehingga dia telah mengisytiharkan perang terhadap lelaki itu. Pertengkaran demi pertengkaran tercetus di antara Syah dan Shafiq dek kerana ego masing-masing.

"Oi mangkuk ayun! Kau ni apa hal? Nak cari gaduh ke?"
"Oi pendek! Kalau aku gaduh dengan kau pun tak seronokk tahu? Lembik!"
Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimana reaksi Shafiq?
"Apa ni? Nak cari gaduh ke?"
"Apa dia? Aku buat apa?"
"Kau luku kepala aku tu kenapa?"

Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin terhadap Shafiq? 'Aku Cinderella' ada jawapanya.


"bila benci bertukar cinta, hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara"