Hari ini, hari pertama kelas aku secara rasmi..
hamboooi! Selama ni tak rasmi ke? hahh?
pagi ni aku senyum je..
macam kerang busuk!
memang la..my birthday la katakan.. :P
paling best, kelas aku ada 6 orang je student..
dan paling terharu, aku sorang je perempuan..
hahaha..ramainya hero..!
dan dan dan..paling mengembangkan..
aku ketua kelas tu...omg!
apapun aku terima dengan rela dan redha dengan ketentuanNya..
malah, paling syok..kelas hari ni kami semua blurr..!
dua orang budak baru kelas aku entah macam manala agaknya..
kelas habis awal, 12 lebih kami dah keluar,
tapi kelas kawan-kawan aku masih belum habis..
so, aku dan jejaka-jejaka kacak pergila lepak kedai makan depan kolej..
borak-borak..gelak-gelak..gurau-gurau..
lepas tu dalam pukul 2 petang balik kolej semula..
lepak lab..faceboking, dan mencari maklumat tugasan..
beberapa minit kemudian, kawan-kawan aku dari kelas lain datang,
kami terus pergi lepak dekat kedai depan kolej lagi..
aku duduk tempat biasa..tiba-tiba,
"kak, duduk la sana.."
aik? apahal budak ni..aku nak duduk sini..biar la..haha
tanpa banyak soal, aku tukar tempat..
lepas tu, dua ekor dari kami hilang..
aku toleh, ah mungkin dorang pergi order makan kot..
lalu sambung berborak dengan kawan-kawan yang lain..
TIBA-TIBA!!!
|
GAMBAR HIASAN |
hamik kau!! sebiji kek coklat depan biji mata aku!
wow!!! terharunya!! aku mimpi ke??
terima kasih la kawan-kawan sebab bersusah-payah plan buat macam ni, korang betul-betul buat aku terharulah! love u all! :* :D jangan jeles..
tibalah acara potong kek, nak pasang api kat lilin, tapi tak dapat sebab angin mengganggu..
cis! baru nak buat wish sambil tiup lilin! hahah..
apapun aku wish dalam hati je..
aku wish..semoga.......(biarlah rahsia).....!
lepas tu kami bergambar..sorry tak dapat masukkan...
private! :D ngeeee!!
then, aku potong kek..letakkan dalam piring yang kami pinjam dari mak cik kedai..haha!!
aku potong dengan penuh rasa terharu..ye la..sebab aku jarang sambut macam ni,..
jarang ke? entah la..aku rasa kali terakhir aku sambut birthday macam ni, masa aku kecik-kecik..
kalau ada pun, aku sorang-sorang je..doa sendiri-sendiri je..
tak pun bapak aku ajak makan luar ataupun macam tak ada apa-apa.. :P
masa tu mak cik aku yang beli kek tu..warna apa entah..tak ingat..tapi coklat kot!
aku sorang je makan kek tu..lepas tu lebih baru bagi orang lain..
tamaknya!! disebabkan dah lama tak sambut birthday la aku dah kurang suka makan kek..
tapi apa boleh buat..orang dah beli..makan je la..haha
satu je peristiwa yang aku tak boleh lupa sampai sekarang..
apa dia?? entah.. woi!! apa dia???!!
hahahahahahahahaha!!
ok ok ok !!
nak tahu sangatkan??
oklah aku buka juga..kang tak cakap mengajuk! heuheuheu!
*tangan aku menggigil masa potong kek dan edarkan ke dalam piring kawan-kawan aku..sampai bergigi-gigi kek tu..hahaha..serius..puas dah aku kawal, tetap menggigil..akhirnya selamat semua kawan aku dapat seorang sepotong kek tu..dan kami makan dengan gembiranya... :D
terima kasih kepada kawan-kawanku..Nap, Fera, Wandy, Tomok, Lam dan Kecik..
terharu sangat..nak nangis pun air mata tak nak keluar..hahaha
dan terima kasih juga kepada Dr. Mira Mohr kerana sudi update blog anda tentang birthday saya..! :D
dan, besok..aku tak sabar nak celebrate dengan kawan-kawan lain pulak!
wow! seriusly..ini adalah hari paling bahagia..
21 tahun aku hidup di muka bumi Allah ni..
aku rasa inilah sambutan hari jadi yang best!!
walaupun simple..tapi cukuplah dengan keikhlasan korang selama kita berkawan..
THANKS AGAIN,.,.,. ADIOS!! :D