Friday 29 June 2012

][][][][][][ THE END ][][][][][][


yes!
akhirnya..
Program Wajib Kolej (PWK) 
dah habisssss... :D

kelas yang berjalan selama dua bulan berturut-turut ini bermula lebih kurang dua minggu selepas aku balik dari mengambil exam blue badge di Kuala Lumpur.. ini cukup membuatkan aku kepenatan kerana minggu depan aku dah sambung sem baru, iaitu sem terakhir di kolejku..oh tidak...tak ada cutikah? apapun ok la tu..cuti la juga dalam beberapa hari ni..so...3 julai ni aku lapor diri di kolej dan 4 julai sudah mulakan kelas baru..hahaahahaa

kepada kakak-kakak seniorku..Kak Nadia dan Kak Anie..tahniah, anda dah habis study kat kolej ni..semoga anda berdua berjaya mencapai cita-cita..terima kasih selama ini dan saya takkan lupakan jasa baik korang..tanpa korang siapalah saya..! :D



SEKIAN, TERIMA KASIH!

][][][][][][ KENANGAN ][][][][][][

sejak kucingku, Connort telah meninggalkan dunia ini akibat...
termakan racun kot sebab masa tu, sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir..
badannya sejuk..tapak kakinya biru dan seakan-akan seperti terbit darah..
masa tu aku tak beranggang dari dia, 
aku sentiasa di sisi dia dan usap-usap kepala dan badan dia..
sampailah malamnya abah aku balik..
akhirnya dia mati di depan abah aku,
sebelum tu aku ada kata,
"connort, jangan pergi dulu ye, tunggu abah balik.."
dia akur dengan kata-kata aku,
sebaik sahaja abah aku pangku dia..
dia pun..ditarik nyawanya! masa tu, aku, abah dan adik-adikku menangisi pemergiannya..
mayatnya kami simpan di dalam kotak
untuk ditanam pada keesokan paginya
pagi itu, aku meletakkan jasadnya ke dalam lubang yang telah digali dengan linangan air mata..
SELAMAT TINGGAL SAYANG..
*connort, kenapa kau pergi tinggalkan akak? akak sayang kau, kenapa kau pergi dulu? akak masih belum puas nak main dengan kau.. :'( i miss u so much!

kemudian, hariku telah didatangi oleh Batuning dan Bakutam pula,
antara kucing yang merupakan anak kepada Cemotet,
kucing kembang busuku di kampung,
pada mulanya aku hanya mahukan si Batuning, 
tetapi tidak sampai hati mahu memisahkannya dengan Bakutam,
kami membela mereka, 
sampailah satu saat, aku mendapat berita, Bakutam telah dilanggar dikepala oleh sebuah motorsikal kepunyaan seorang mak cik yang sangat la berperikemanusiaan,
disebabkan dia nak cepat amik anak dia di sekolah tengah hari itu, 
Bakutam yang sedang melintas jalan dilanggarnya tanpa mahu berhenti dan meminta maaf pada tuan empunya kucing itu, 
malangnya pada masa tu, aku tiada di rumah, kerana aku sedang menghadiri kursus di Kuala Lumpur.
itupun aku mendapat berita tersebut dari ibuku 3 hari selepas kematiannya,
:'( teganya kamu melanggar kucingku dan berkata beberapa hari kemudian,
"hari tu kucing yang kena langgar tu kucing kau kan? nak cepat, tak sempat nak elak"
katanya kepada ibuku, tiadakah kata-kata maaf?
kurang hajar!

lebih kurang seminggu kemudian, aku balik semula ke Melaka
bercuti selama seminggu sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur untuk menjalani exam blue badge
turun sahaja dari kereta, aku terus menerpa ke arah kubur Bakutam,
nak menangis pun dah tak ada air mata lagi kerana aku sudah puas bersedih dengan kejadian yang tidak disangka-sangka akan terjadi itu, kerana hanya beberapa hari je lagi,
aku tak sempat nak bermanja dan bermain-main dengannya lagi,
"selamat tinggal Bakutam, akak sayang kau! :')"

malang tidak berbau, Batuning pula telah digelek di punggungnya sewaktu ibuku menekan padel minyak kereta untuk ke kedai..waktu itu aku yang sedang makan roti bun coklat di hadapan televinsyen terkejut dan berlari kearah  luar rumah kerana terdengar suara Batuning menjerit kesakitan..
waktu tu aku tak tahu apa yang harus aku lakukan, sebab Batuning hanya berpusing-pusing dengan muka menahan sakit, roti yang aku pegang tadi aku campakkan ke tepi, air mataku sudah mula bertakung,
Batuning jalan ke arah rumah jiran sebelah dengan mengheret kaki belakangnya. 
waktu tu aku berasa lega sedikit sekurang-kurangnya dia tak MATI dengan serta-merta seperti kebanyakan kucing-kucing lain. Namun, perasaan risau, takut, dan pelbagai lagi fikiran negetif masih bersarang di fikiran aku, adakah tulangnya patah? atau hanya kesakitan? 
Dengan tidakkesabaran aku, aku telah menceroboh rumah jiran sebelah tu untuk mengambil Batuning keluar dari situ kerana aku mahu tahu keadaan sebenarnya, adakah baik-baik sahaja atau parah..nasib aku baik kerana pintu pagar jiranku tidak berkunci. Dengan langkah berhati-hati aku masuk dan mendukung Batuning.    Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu di tanganku, rupanya ada cecair merah sedang memancut-mancut keluar dari bahagian punggung Batuning, air mata aku turus mencurah-curah, "Batuning....Batuning.....!", itu je yang mampu aku katakan waktu itu, aku hanya berharap agar mak aku cepat balik dari kedai. Untuk bawa kucingku ini ke klinik.

aku meminta supaya ibuku membawa aku dan Batuning ke klinik, waktu tu ibuku sudah tidak terkata apa kerana perasaan bersalah yang bermukim di jiwanya barangkali, aku terus menelefon abahku, 
"abah, tadi mak langgar Batuning..", 
abahku menyuruh ibuku membawa Batuning ke klinik secepat mungkin, apa sahaja untuk selamatkan nyawanya..setibanya di klinik, air mataku bercucuran lagi, kerana melihat Batuning yang terlantar lesu tidak bermaya, hatiku berdetik,"Batuning, jangan tinggalkan akak, akak dah tak ada siapa kucing comel macam kau lagi.. ;'("
setelah membuat ujian x-ray, aku dapat melihat dengan jelas tulang pinggulnya yang hancur..doktor risau kemungkinan cebisan tulangnya yang hancur itu akan merebak dan menyebabkan sakit lain, lalu aku dengan berat hati terpaksa meninggalkan Batuning di klinik tersebut kerana doktor mahu merawatnya. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, mutiara jernih ini tidak pernah mahu berhenti, malamnya aku tidak dapat tidur lena kerana bimbangkan keselamatan Batuning di sana.
keesokan harinya, ibuku berasa tidak sedap hati, mencadangkan aku supaya membawa pulang sahaja Batuning ke rumah, tengah hari itu kami pun ke klinik tersebut untuk mengambilnya. Sewaktu aku datang mengambilnya yang diletakkan di dalam sangkar, badannya cukup lembik sekali, rasa murah sungguh mutiara  jernihku tika itu kerana asyik menangis dan tersentuh melihat keadaan kucingku yang tidak bermaya, hanya matanya sahaja yang bergerak-gerak. Setelah menjelaskan bil, kami balik ke rumah, sepanjang perjalanan aku hanya memangkunya dengan tubuhnya yang dibaluti dengan sehelai kain batik. Tika itu, Batuning hanya memandang aku, tidak berkelip matanya, sehinggakan matanya hampir lelap sepenuhnya, aku kejut dia bangun, berharap supaya jangan tidur..kerana aku bimbang, jika dia lelapkan matanya, mungkin dia akan melelapkan matanya buat selama-lamanya..sebaik sahaja tiba di rumah, aku meletakkannya di dalam sebuah bekas yang memuaskannya, aku alaskan surat khabar dan kain batik yang membaluti tubuhnya. Kala itu, dia sedikit meronta, sepertinya tidak mahu duduk di dalam bekas itu, aku memegangnya dan mengusap-ngusapnya supaya tidak bangun dari situ.. waktu itu, jiwaku bergetar lagi kerana beberapa hari lagi aku akan berangkat semula ke Kuala Lumpur untuk examku. Hatiku sempat berdetik, "Batuning, nanti lepas akak balik je akak nak Batuning dah sihat macam selalu tau? Batuning kena kuat..akak sayang Batuning..jangan nakal-nakal dan jangan tinggalkan akak ok? :')"

mungkin sudah ditakdirkan, dia pula menghembuskan nafas terakhir dihadapanku selepas beberapa kali menggeliat tika malaikat maut mencabut nyawanya..seperti meminta keizinan dariku dengan pandangan mata yang berkaca, aku merelakannya pergi buat selama-lamanya dengan berkata,"akak lepaskan Batuning..jangan nakal-nakal kat sana dengan Bakutam ye? :')", akhirnya, Batuning pergi meninggalkan aku..dengan segala macam kenangan yang manis sepanjang aku bersamanya.."akak sayang Batuning, Bakutam dan Connort...jangan nakal-nakal..akak sayang korang! :")"
lebih kurang tiga hari kemudiannya, aku telah berangkat ke Kuala Lumpur, untuk mengejar cita-citaku dengan perasaan yang masih kuat mengingatinya..

Lebih kurang sebulan kemudian, Cemotet, kucing busuku yang sedang sarat bunting telah selamat melahirkan anaknya. Empat ekor kesemuanya. Aku gembira kerana ada diantaranya kucing bewarna kuning..aku suka kucing bewarna kuning..
hari demi hari berlalu, kucing-kucing itu telah besar, aku balik kampung, aku mesti cari kucing-kucing itu kerana mereka sangat comel..! :) 
aku mula terpikat dengan kecomelan seekor kucing yang bewarna kuning itu. Anak Cemotet, adik kepada Batuning dan Bakutam. Sejak itu, setiap kali balik kampung aku akan memberikan sejumlah wang untuk sepupuku itu membeli makanan kucing, bukan sahaja untuk Tuning aku, tetapi yang lain-lain juga..
hari berganti hari, kucing-kucing itu sudah pastinya telah semakin besar dan comel..
seperti selalu, aku balik sahaja kampung aku akan cari Tuning dan bermain dengannya.
aku pernah berjanji dengan Tuning, "Tuning, nanti akak dah lulus blue badge akak belikan makanan Tuning ok? Jangan nakal-nakal tau..doakan akak lulus.. :)"

Lebih kurang 2 minggu yang lepas, aku telah dikejutkan dengan berita result blue badge telah keluar..dan aku LULUS! Aku tidak lupakan janji aku..petang tadi, aku balik kampung, aku belikan makanan kucing yang kering dan basah. Untuk Tuning dan adik-beradiknya yang lain..
Setibanya aku di rumah itu, aku ternampak hanya ada dua ekor kucing putih di dalam sangkar. Aku mula rasa tidak sedap hati.."mana Tuning? mana dia??", aku sudah tidak tentu arah..kemudian aku melepaskan dua ekor kucing ini dan memberinya makan..aku tanya wan (nenek) aku, "Wan,Tuning mana?", "Pak Cik Ali kau dah amik bawak balik..".  What? Apa? tak mungkin! kenapa dia amik kucing aku? waktu tu, sedih la..terkilan, sebab ingat kepulangan aku petang itu dinanti olehnya, tetapi jangkaanku meleset sama sekali..bukan apa, aku tidak dapat keizinan daripada ibuku untuk membawa pulang Tuning kerana ibuku fobia, takut tergelek kucing lagi, maklumlah, cuaca panas, kucing suka tidur bawah kereta..jadi aku terpaksa menjaganya dari jarak jauh..namun dia sentiasa ada di hatiku.. selepas itu, aku, ibuku dan wanku terus menyerang ke rumah pak cik aku, ingin berjumpa dengan Tuning, untuk memberikannya makanan basah whiskers. setibanya di rumah pak cikku, "Cik Eju, Tuning mana?", dia tahu itu kucing aku..dia dan pak cik aku cuma mahu menjaganya.."ada bawah kerusi tu..",waktu tu dia tengah menjilat kakinya.."Tuning, sini sayang..Tuning.." dia tidak menghiraukan kataku, mungkin terlalu asyik membersihkan bulunya. Akhirnya aku dapat juga mendapatkannya. Aku usap-usap kepala dan badannya, "rindunya akak kat Tuning..Tuning rindu akak tak?", dia hanya mengiau dan leka diusap bawah lehernya olehku.. air mata kegembiraan yang bertakung tidak dapat ditahan lagi dan akhirnya empangan pecah jua..cepat-cepat aku mengelapnya..betapa sayangnya aku padanya.."semoga kau bahagia kat rumah Pak Cik Ali ni ok?", beberapa ketika kemudian, dia bergerak ke dapur..aku mengekorinya, oh rupanya dia nak makan..aku membiarkannya makan..lepas tu ibuku sudah panggil untuk pulang..aku mengangkat Tuning dan menciumnya.."Bye Tuning..akak balik dulu ok? Nanti akak datang lagi akak bawa whiskers ok?", kemudian aku ke ruang tamu semula untuk bersalaman dengan Cik Eju, isteri Pak Cik Ali aku..iaitu adik kepada ibuku.. baru sahaja aku mahu bergerak ke pintu , Tuning muncul dari dapur..aku tak jadi keluar sebaliknya mendukungnya dan menciumnya lagi..eiii..rindunya!
kemudian, Tuning ingin keluar mengejarku yang telahpun sampai ke kereta yang berada di depan rumah.."Bye Tuning, jangan nakal-nakal! Akak sayang kau..,jumpa lagi nanti... :) "

naik sahaja kereta, aku tidak dapat mengawal perasaan sedihku, lalu membiarkan mutiara jernih ini meluncur laju menuruni pipi comelku.. :D


PESANAN: SAYANGILAH KUCING ANDA! :D



SEKIAN, TERIMA KASIH!




Thursday 28 June 2012

][][][][][][ DATE TIME ][][][][][][

Pada hari rabu iaitu 27 Jun 2012, aku telah keluar date dengan seseorang, kebetulan itu adalah hari dimana aku tak ada kelas. Maka aku telah menggunakan kesempatan yang baik ini seadanya. Seawal jam 10.30 pagi kami telah bertolak dari rumah untuk ke Mahkota Parade. Lebih kurang setengah jam kemudian, kami sampai ke destinasi yang dituju.

Tempat pertama yang kami tuju ketika berada di dalam pusat membeli-belah antara yang popular di Melaka ini adalah Wayang. Kami melihat jadual wayang yang ditayangkan, hajat di hati mahu menonton Mael Lambong, kami mengejar masa, hanya mahu menonton wayang dan balik ke rumah, tetapi malangnya, cerita itu ditayangkan pada pukul 12.30 tengah hari, tiada yang lebih awak dari itu. Dalam hati ku berkata, "Habislah, sempat ke tak nak balik rumah nanti, mesti adik aku kena tunggu kat luar rumah sebab rumah berkunci".

Setelah keputusan dibuat, kami akhirnya membeli tiket wayang, Mael Lambong yang akan ditayangkan pada 12.30 tengah hari itu. Disebabkan kami masih ada masa lebih kurang satu jam setengah sebelum wayang bermula, aku telah mengajak si dia untuk ke tempat hiburan dimana terdapatnya perbagai permainan mesin, tempat karaoke dan sebagainya. RM10 telah terbang dari tanganku untuk membeli token yang telah disediakan.

Setelah membeli token, aku berkata kepada si dia, "excercise jom?". Maka di tempat mesin bola keranjang tersebut,  RM6 telah ditelan dengan lahapnya. Penat dan puas dapat bersenam di situ. Selepas itu, kami ke tempat karaoke yang menggunakan token, pada mulanya memang mahu berkaraoke di bilik yang lebih lengkap kelengkapannya, tapi disebabkan kami mahu menjimatkan duit dan masa, bilik jamban pun jambanlah. :P

lagu pertama yang dinyanyikan oleh si dia adalah,
Nadia - Salam Untuk Kekasih

kemudian, aku memulakan lantunan suaraku dengan lagu,
Celion Dion - My Heart Will Go On

dengan tidak mahu kalah, si dia menyanyikan pula lagu ini,
Amy Search - Isabella

akhirnya, aku menutup pertandingan nyanyian tidak langsung kami dengan,
Sudirman - Salam Terakhir
*marilah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau supaya rohnya senantiasa dicucuri rahmatNya

Kemudian, kami telah singgah ke kedai buku Popular, di situ aku mengambil kesempatan untuk melihat-lihat jikalau ada novel yang berkenan di hati. Aku terpikat dengan sebuah novel yang bertajuk Akulah Cinderella. Ye, aku pasti akan membelinya nanti. :D

sinopsisnya mengisahkan...........
nak tahu?
belil dan bacalah! :P

Hajat utama pun diteruskan, kami melangkah masuk ke dalam panggung wayang tepat jam 12.25 tengah hari. Kami melayari hari yang sepatutnya untuk lunch dengan bergelak pecah perut dan air mata menonton wayang tersebut. "Mael Lambong...tak makan rasuah!" 

Seperti yang dijangkakan, adik bongsuku, telah tunggu di luar rumah dengan muka yang masam mencuka. "Sorry la ye wahai adikku, aku tidak bisa berbuat apa-apa..jiahahaha!!"


*si dia di dalam cerita ini adalah...??



SEKIAN, TERIMA KASIH!


][][][][][][ KU MENUNGGU ][][][][][][

Ku menunggu
Ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
Tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
Ku kan selalu di sini menunggumu...

aku tunggu punya tunggu punyalah tunggu..cepatlah..dah tak sabar ni.. :/


milik siapakah yang ku tunggu?
bagai berkurun lama kesepian
ingin aku mencurahkan kasih kepada yang sudi
siapalah yang sudi?

lama sudahku menunggu..
lama ke?
tak kot..
adalah dalam seminggu..
apakah yang ku tunggu?

tunggu-tunggu masa nan berlalu,
tunggu lagi sampai aku jemu,
bila lagi harus ku tunggu,
wahai sijil MoTour ku?

aku dan rakan-rakanku yang lain sedang menunggu sijil dari pihak itu untuk membolehkan kami melakukan prosedur seterusnya sebelum berjaya memiliki sebuah lesen Pemandu Pelancong (Tour Guide)

jangan sampai jadi macam ini sudahlah..

kini aku masih menunggu,
menunggu sijil yang bakal timbul,
kalau aku tak tahan menunggu,
memang mata aku akan tersembul.

maka jadilah seperti manusia yang berada di atas itu
keseorangan, menanti sesuatu yang bakal mengubah nasibnya..



SEKIAN, TERIMA KASIH!





Wednesday 20 June 2012

][][][][][][ KESABARAN & KEMENANGAN ][][][][][][

sedang apa dan dimana?
dirimu yang dulu kucinta..
ku tak tahu, tak lagi tahu..
seperti waktu, dulu..
apakah mungkin, bila kini..
kuingin kembali..
menjalani...ohhh...menjalani.......................!


hoi!!!! apa yang aku mengepek ni? my post today tak cerita pasal cinta ok, tapi tentang kesabaran dan kemenangan.. :) apa maknanya anak-anak? ok ok ok , mari sini ustazah cerita..
Pada suatu hari, ada seorang gadis, dia minat pelancongan, penulisan, dan sewaktu dengannya, dia apply sana sini IPT,dengan niat nak meneruskan pengajian dan berjaya macam sepupu-sepupu dia yang lain, tanpa disangka-sangka,  gadis itu telah mendapat tawaran dari ASWARA setelah menjalani sesi temuduga, si gadis gembira sangat, mak, abah semua setuju, malangnya family sebelah abahnya tidak setuju, katanya "kau nak jadi artis ke? terkinja-kinja sana sini?"..selepas itu, nenek gadis ini tidak mengizinkan gadis ini melanjutkan pelajarannya di ASWARA dalam bidang penulisan..

Hari berganti hari, sekali lagi gadis ini mencuba nasib, memohon di INSTEDT DESARU. Gadis ini memilih bidang pelancongan, malangnya sekali lagi, dihalang oleh family sebelah abahnya dan neneknya.oh tidak..apakah yang akan berlaku kepada masa depan gadis ini?

Akhirnya, gadis ini hanya belajar di dalam negerinya sahaja, belajar di sebuah kolej komuniti (walaupun ada yang memandang serong  dengan pelajar dari kolej seperti ini, kami akan buktikan!) yang berdekatan dengan  tidak seperti sepupu-sepupunya yang belajar jauh dari negeri asal kelahirannya, mereka ada yang ambil diploma malah ijazah. Tapi, gadis ini hanya ambil sijil. ye SIJIL. Ada apa dengan sijil? 

Kini, gadis itu bakal bergelar Tourist Guide (blue badge) setelah segala kesabaran dan pengorbanan yang telah dilakukan.

Tuntasnya, walau apapun dugaan, rintangan, dan masalah yang melanda, anda haruslah berusaha sehabis baik dengan penuh sifat tabah, sabar, dan berfikiran terbuka. Semoga anda semua berjaya di dalam kerjaya dan bidang kegemaran yang anda ceburi. Ini adalah kerana, dengan segala kesabaran dan sifat-sifat terpuji itulah kemenangan akan diperolehi, bukan sekarang, tetapi satu hari nanti.. :)

* gadis di atas adalah.................?



SEKIAN, TERIMA KASIH!

Saturday 16 June 2012

][][][][][][ I'M SORRY ][][][][][][

I'M SORRY

SO SO SO SORRY

SORRY . . . SORRY . . . SORRY !


gila? aku minta maaf dengan sapa ni sampaikan perlu buat macam ni? hadoii!


mengantuk la aku minta maaf dengan kau..


naik juling dah mata aku, maafkan aku ok??


tolonglah...aku minta maaf sangat-sangat pada kau, harap kau maafkan aku.. :'(


kau maafkanlah aku ok?
please please please..!


untuk kau, aku terima hukuman yang telah kau berikan pada aku..
tengok ni, aku tulis "i am sorry!" banyak-banyak..
untuk kau maafkan aku..
awak...
oh, awak-awak di sana..
MAAFKAN SAYA OK?

saya
janji
yang
saya
takkan
lupa
untuk
update
blog
lagi..!

:P

sorry la awak..saya bz bz bz and bz la..! :D

saya takkan lupa update blog lagi ok?
promise..kot!
hahaha, biasa la..beta ni kan pegawai swasta, 
masa banyak dihabiskan dengan kerja..
bukan makan GAJI BUTA je ok? :D




SEKIAN, TERIMA KASIH!