Friday, 29 June 2012

][][][][][][ KENANGAN ][][][][][][

sejak kucingku, Connort telah meninggalkan dunia ini akibat...
termakan racun kot sebab masa tu, sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir..
badannya sejuk..tapak kakinya biru dan seakan-akan seperti terbit darah..
masa tu aku tak beranggang dari dia, 
aku sentiasa di sisi dia dan usap-usap kepala dan badan dia..
sampailah malamnya abah aku balik..
akhirnya dia mati di depan abah aku,
sebelum tu aku ada kata,
"connort, jangan pergi dulu ye, tunggu abah balik.."
dia akur dengan kata-kata aku,
sebaik sahaja abah aku pangku dia..
dia pun..ditarik nyawanya! masa tu, aku, abah dan adik-adikku menangisi pemergiannya..
mayatnya kami simpan di dalam kotak
untuk ditanam pada keesokan paginya
pagi itu, aku meletakkan jasadnya ke dalam lubang yang telah digali dengan linangan air mata..
SELAMAT TINGGAL SAYANG..
*connort, kenapa kau pergi tinggalkan akak? akak sayang kau, kenapa kau pergi dulu? akak masih belum puas nak main dengan kau.. :'( i miss u so much!

kemudian, hariku telah didatangi oleh Batuning dan Bakutam pula,
antara kucing yang merupakan anak kepada Cemotet,
kucing kembang busuku di kampung,
pada mulanya aku hanya mahukan si Batuning, 
tetapi tidak sampai hati mahu memisahkannya dengan Bakutam,
kami membela mereka, 
sampailah satu saat, aku mendapat berita, Bakutam telah dilanggar dikepala oleh sebuah motorsikal kepunyaan seorang mak cik yang sangat la berperikemanusiaan,
disebabkan dia nak cepat amik anak dia di sekolah tengah hari itu, 
Bakutam yang sedang melintas jalan dilanggarnya tanpa mahu berhenti dan meminta maaf pada tuan empunya kucing itu, 
malangnya pada masa tu, aku tiada di rumah, kerana aku sedang menghadiri kursus di Kuala Lumpur.
itupun aku mendapat berita tersebut dari ibuku 3 hari selepas kematiannya,
:'( teganya kamu melanggar kucingku dan berkata beberapa hari kemudian,
"hari tu kucing yang kena langgar tu kucing kau kan? nak cepat, tak sempat nak elak"
katanya kepada ibuku, tiadakah kata-kata maaf?
kurang hajar!

lebih kurang seminggu kemudian, aku balik semula ke Melaka
bercuti selama seminggu sebelum kembali semula ke Kuala Lumpur untuk menjalani exam blue badge
turun sahaja dari kereta, aku terus menerpa ke arah kubur Bakutam,
nak menangis pun dah tak ada air mata lagi kerana aku sudah puas bersedih dengan kejadian yang tidak disangka-sangka akan terjadi itu, kerana hanya beberapa hari je lagi,
aku tak sempat nak bermanja dan bermain-main dengannya lagi,
"selamat tinggal Bakutam, akak sayang kau! :')"

malang tidak berbau, Batuning pula telah digelek di punggungnya sewaktu ibuku menekan padel minyak kereta untuk ke kedai..waktu itu aku yang sedang makan roti bun coklat di hadapan televinsyen terkejut dan berlari kearah  luar rumah kerana terdengar suara Batuning menjerit kesakitan..
waktu tu aku tak tahu apa yang harus aku lakukan, sebab Batuning hanya berpusing-pusing dengan muka menahan sakit, roti yang aku pegang tadi aku campakkan ke tepi, air mataku sudah mula bertakung,
Batuning jalan ke arah rumah jiran sebelah dengan mengheret kaki belakangnya. 
waktu tu aku berasa lega sedikit sekurang-kurangnya dia tak MATI dengan serta-merta seperti kebanyakan kucing-kucing lain. Namun, perasaan risau, takut, dan pelbagai lagi fikiran negetif masih bersarang di fikiran aku, adakah tulangnya patah? atau hanya kesakitan? 
Dengan tidakkesabaran aku, aku telah menceroboh rumah jiran sebelah tu untuk mengambil Batuning keluar dari situ kerana aku mahu tahu keadaan sebenarnya, adakah baik-baik sahaja atau parah..nasib aku baik kerana pintu pagar jiranku tidak berkunci. Dengan langkah berhati-hati aku masuk dan mendukung Batuning.    Sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah, tiba-tiba aku merasakan ada sesuatu di tanganku, rupanya ada cecair merah sedang memancut-mancut keluar dari bahagian punggung Batuning, air mata aku turus mencurah-curah, "Batuning....Batuning.....!", itu je yang mampu aku katakan waktu itu, aku hanya berharap agar mak aku cepat balik dari kedai. Untuk bawa kucingku ini ke klinik.

aku meminta supaya ibuku membawa aku dan Batuning ke klinik, waktu tu ibuku sudah tidak terkata apa kerana perasaan bersalah yang bermukim di jiwanya barangkali, aku terus menelefon abahku, 
"abah, tadi mak langgar Batuning..", 
abahku menyuruh ibuku membawa Batuning ke klinik secepat mungkin, apa sahaja untuk selamatkan nyawanya..setibanya di klinik, air mataku bercucuran lagi, kerana melihat Batuning yang terlantar lesu tidak bermaya, hatiku berdetik,"Batuning, jangan tinggalkan akak, akak dah tak ada siapa kucing comel macam kau lagi.. ;'("
setelah membuat ujian x-ray, aku dapat melihat dengan jelas tulang pinggulnya yang hancur..doktor risau kemungkinan cebisan tulangnya yang hancur itu akan merebak dan menyebabkan sakit lain, lalu aku dengan berat hati terpaksa meninggalkan Batuning di klinik tersebut kerana doktor mahu merawatnya. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, mutiara jernih ini tidak pernah mahu berhenti, malamnya aku tidak dapat tidur lena kerana bimbangkan keselamatan Batuning di sana.
keesokan harinya, ibuku berasa tidak sedap hati, mencadangkan aku supaya membawa pulang sahaja Batuning ke rumah, tengah hari itu kami pun ke klinik tersebut untuk mengambilnya. Sewaktu aku datang mengambilnya yang diletakkan di dalam sangkar, badannya cukup lembik sekali, rasa murah sungguh mutiara  jernihku tika itu kerana asyik menangis dan tersentuh melihat keadaan kucingku yang tidak bermaya, hanya matanya sahaja yang bergerak-gerak. Setelah menjelaskan bil, kami balik ke rumah, sepanjang perjalanan aku hanya memangkunya dengan tubuhnya yang dibaluti dengan sehelai kain batik. Tika itu, Batuning hanya memandang aku, tidak berkelip matanya, sehinggakan matanya hampir lelap sepenuhnya, aku kejut dia bangun, berharap supaya jangan tidur..kerana aku bimbang, jika dia lelapkan matanya, mungkin dia akan melelapkan matanya buat selama-lamanya..sebaik sahaja tiba di rumah, aku meletakkannya di dalam sebuah bekas yang memuaskannya, aku alaskan surat khabar dan kain batik yang membaluti tubuhnya. Kala itu, dia sedikit meronta, sepertinya tidak mahu duduk di dalam bekas itu, aku memegangnya dan mengusap-ngusapnya supaya tidak bangun dari situ.. waktu itu, jiwaku bergetar lagi kerana beberapa hari lagi aku akan berangkat semula ke Kuala Lumpur untuk examku. Hatiku sempat berdetik, "Batuning, nanti lepas akak balik je akak nak Batuning dah sihat macam selalu tau? Batuning kena kuat..akak sayang Batuning..jangan nakal-nakal dan jangan tinggalkan akak ok? :')"

mungkin sudah ditakdirkan, dia pula menghembuskan nafas terakhir dihadapanku selepas beberapa kali menggeliat tika malaikat maut mencabut nyawanya..seperti meminta keizinan dariku dengan pandangan mata yang berkaca, aku merelakannya pergi buat selama-lamanya dengan berkata,"akak lepaskan Batuning..jangan nakal-nakal kat sana dengan Bakutam ye? :')", akhirnya, Batuning pergi meninggalkan aku..dengan segala macam kenangan yang manis sepanjang aku bersamanya.."akak sayang Batuning, Bakutam dan Connort...jangan nakal-nakal..akak sayang korang! :")"
lebih kurang tiga hari kemudiannya, aku telah berangkat ke Kuala Lumpur, untuk mengejar cita-citaku dengan perasaan yang masih kuat mengingatinya..

Lebih kurang sebulan kemudian, Cemotet, kucing busuku yang sedang sarat bunting telah selamat melahirkan anaknya. Empat ekor kesemuanya. Aku gembira kerana ada diantaranya kucing bewarna kuning..aku suka kucing bewarna kuning..
hari demi hari berlalu, kucing-kucing itu telah besar, aku balik kampung, aku mesti cari kucing-kucing itu kerana mereka sangat comel..! :) 
aku mula terpikat dengan kecomelan seekor kucing yang bewarna kuning itu. Anak Cemotet, adik kepada Batuning dan Bakutam. Sejak itu, setiap kali balik kampung aku akan memberikan sejumlah wang untuk sepupuku itu membeli makanan kucing, bukan sahaja untuk Tuning aku, tetapi yang lain-lain juga..
hari berganti hari, kucing-kucing itu sudah pastinya telah semakin besar dan comel..
seperti selalu, aku balik sahaja kampung aku akan cari Tuning dan bermain dengannya.
aku pernah berjanji dengan Tuning, "Tuning, nanti akak dah lulus blue badge akak belikan makanan Tuning ok? Jangan nakal-nakal tau..doakan akak lulus.. :)"

Lebih kurang 2 minggu yang lepas, aku telah dikejutkan dengan berita result blue badge telah keluar..dan aku LULUS! Aku tidak lupakan janji aku..petang tadi, aku balik kampung, aku belikan makanan kucing yang kering dan basah. Untuk Tuning dan adik-beradiknya yang lain..
Setibanya aku di rumah itu, aku ternampak hanya ada dua ekor kucing putih di dalam sangkar. Aku mula rasa tidak sedap hati.."mana Tuning? mana dia??", aku sudah tidak tentu arah..kemudian aku melepaskan dua ekor kucing ini dan memberinya makan..aku tanya wan (nenek) aku, "Wan,Tuning mana?", "Pak Cik Ali kau dah amik bawak balik..".  What? Apa? tak mungkin! kenapa dia amik kucing aku? waktu tu, sedih la..terkilan, sebab ingat kepulangan aku petang itu dinanti olehnya, tetapi jangkaanku meleset sama sekali..bukan apa, aku tidak dapat keizinan daripada ibuku untuk membawa pulang Tuning kerana ibuku fobia, takut tergelek kucing lagi, maklumlah, cuaca panas, kucing suka tidur bawah kereta..jadi aku terpaksa menjaganya dari jarak jauh..namun dia sentiasa ada di hatiku.. selepas itu, aku, ibuku dan wanku terus menyerang ke rumah pak cik aku, ingin berjumpa dengan Tuning, untuk memberikannya makanan basah whiskers. setibanya di rumah pak cikku, "Cik Eju, Tuning mana?", dia tahu itu kucing aku..dia dan pak cik aku cuma mahu menjaganya.."ada bawah kerusi tu..",waktu tu dia tengah menjilat kakinya.."Tuning, sini sayang..Tuning.." dia tidak menghiraukan kataku, mungkin terlalu asyik membersihkan bulunya. Akhirnya aku dapat juga mendapatkannya. Aku usap-usap kepala dan badannya, "rindunya akak kat Tuning..Tuning rindu akak tak?", dia hanya mengiau dan leka diusap bawah lehernya olehku.. air mata kegembiraan yang bertakung tidak dapat ditahan lagi dan akhirnya empangan pecah jua..cepat-cepat aku mengelapnya..betapa sayangnya aku padanya.."semoga kau bahagia kat rumah Pak Cik Ali ni ok?", beberapa ketika kemudian, dia bergerak ke dapur..aku mengekorinya, oh rupanya dia nak makan..aku membiarkannya makan..lepas tu ibuku sudah panggil untuk pulang..aku mengangkat Tuning dan menciumnya.."Bye Tuning..akak balik dulu ok? Nanti akak datang lagi akak bawa whiskers ok?", kemudian aku ke ruang tamu semula untuk bersalaman dengan Cik Eju, isteri Pak Cik Ali aku..iaitu adik kepada ibuku.. baru sahaja aku mahu bergerak ke pintu , Tuning muncul dari dapur..aku tak jadi keluar sebaliknya mendukungnya dan menciumnya lagi..eiii..rindunya!
kemudian, Tuning ingin keluar mengejarku yang telahpun sampai ke kereta yang berada di depan rumah.."Bye Tuning, jangan nakal-nakal! Akak sayang kau..,jumpa lagi nanti... :) "

naik sahaja kereta, aku tidak dapat mengawal perasaan sedihku, lalu membiarkan mutiara jernih ini meluncur laju menuruni pipi comelku.. :D


PESANAN: SAYANGILAH KUCING ANDA! :D



SEKIAN, TERIMA KASIH!