Wednesday, 20 June 2012

][][][][][][ KESABARAN & KEMENANGAN ][][][][][][

sedang apa dan dimana?
dirimu yang dulu kucinta..
ku tak tahu, tak lagi tahu..
seperti waktu, dulu..
apakah mungkin, bila kini..
kuingin kembali..
menjalani...ohhh...menjalani.......................!


hoi!!!! apa yang aku mengepek ni? my post today tak cerita pasal cinta ok, tapi tentang kesabaran dan kemenangan.. :) apa maknanya anak-anak? ok ok ok , mari sini ustazah cerita..
Pada suatu hari, ada seorang gadis, dia minat pelancongan, penulisan, dan sewaktu dengannya, dia apply sana sini IPT,dengan niat nak meneruskan pengajian dan berjaya macam sepupu-sepupu dia yang lain, tanpa disangka-sangka,  gadis itu telah mendapat tawaran dari ASWARA setelah menjalani sesi temuduga, si gadis gembira sangat, mak, abah semua setuju, malangnya family sebelah abahnya tidak setuju, katanya "kau nak jadi artis ke? terkinja-kinja sana sini?"..selepas itu, nenek gadis ini tidak mengizinkan gadis ini melanjutkan pelajarannya di ASWARA dalam bidang penulisan..

Hari berganti hari, sekali lagi gadis ini mencuba nasib, memohon di INSTEDT DESARU. Gadis ini memilih bidang pelancongan, malangnya sekali lagi, dihalang oleh family sebelah abahnya dan neneknya.oh tidak..apakah yang akan berlaku kepada masa depan gadis ini?

Akhirnya, gadis ini hanya belajar di dalam negerinya sahaja, belajar di sebuah kolej komuniti (walaupun ada yang memandang serong  dengan pelajar dari kolej seperti ini, kami akan buktikan!) yang berdekatan dengan  tidak seperti sepupu-sepupunya yang belajar jauh dari negeri asal kelahirannya, mereka ada yang ambil diploma malah ijazah. Tapi, gadis ini hanya ambil sijil. ye SIJIL. Ada apa dengan sijil? 

Kini, gadis itu bakal bergelar Tourist Guide (blue badge) setelah segala kesabaran dan pengorbanan yang telah dilakukan.

Tuntasnya, walau apapun dugaan, rintangan, dan masalah yang melanda, anda haruslah berusaha sehabis baik dengan penuh sifat tabah, sabar, dan berfikiran terbuka. Semoga anda semua berjaya di dalam kerjaya dan bidang kegemaran yang anda ceburi. Ini adalah kerana, dengan segala kesabaran dan sifat-sifat terpuji itulah kemenangan akan diperolehi, bukan sekarang, tetapi satu hari nanti.. :)

* gadis di atas adalah.................?



SEKIAN, TERIMA KASIH!