Tempat pertama yang kami tuju ketika berada di dalam pusat membeli-belah antara yang popular di Melaka ini adalah Wayang. Kami melihat jadual wayang yang ditayangkan, hajat di hati mahu menonton Mael Lambong, kami mengejar masa, hanya mahu menonton wayang dan balik ke rumah, tetapi malangnya, cerita itu ditayangkan pada pukul 12.30 tengah hari, tiada yang lebih awak dari itu. Dalam hati ku berkata, "Habislah, sempat ke tak nak balik rumah nanti, mesti adik aku kena tunggu kat luar rumah sebab rumah berkunci".
Setelah keputusan dibuat, kami akhirnya membeli tiket wayang, Mael Lambong yang akan ditayangkan pada 12.30 tengah hari itu. Disebabkan kami masih ada masa lebih kurang satu jam setengah sebelum wayang bermula, aku telah mengajak si dia untuk ke tempat hiburan dimana terdapatnya perbagai permainan mesin, tempat karaoke dan sebagainya. RM10 telah terbang dari tanganku untuk membeli token yang telah disediakan.
Setelah membeli token, aku berkata kepada si dia, "excercise jom?". Maka di tempat mesin bola keranjang tersebut, RM6 telah ditelan dengan lahapnya. Penat dan puas dapat bersenam di situ. Selepas itu, kami ke tempat karaoke yang menggunakan token, pada mulanya memang mahu berkaraoke di bilik yang lebih lengkap kelengkapannya, tapi disebabkan kami mahu menjimatkan duit dan masa, bilik jamban pun jambanlah. :P
lagu pertama yang dinyanyikan oleh si dia adalah,
Nadia - Salam Untuk Kekasih
kemudian, aku memulakan lantunan suaraku dengan lagu,
Celion Dion - My Heart Will Go On
Celion Dion - My Heart Will Go On
dengan tidak mahu kalah, si dia menyanyikan pula lagu ini,
Amy Search - Isabella
Amy Search - Isabella
akhirnya, aku menutup pertandingan nyanyian tidak langsung kami dengan,
Sudirman - Salam Terakhir
Sudirman - Salam Terakhir
*marilah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau supaya rohnya senantiasa dicucuri rahmatNya
Kemudian, kami telah singgah ke kedai buku Popular, di situ aku mengambil kesempatan untuk melihat-lihat jikalau ada novel yang berkenan di hati. Aku terpikat dengan sebuah novel yang bertajuk Akulah Cinderella. Ye, aku pasti akan membelinya nanti. :D
sinopsisnya mengisahkan...........
nak tahu?
belil dan bacalah! :P
nak tahu?
belil dan bacalah! :P
Hajat utama pun diteruskan, kami melangkah masuk ke dalam panggung wayang tepat jam 12.25 tengah hari. Kami melayari hari yang sepatutnya untuk lunch dengan bergelak pecah perut dan air mata menonton wayang tersebut. "Mael Lambong...tak makan rasuah!"
Seperti yang dijangkakan, adik bongsuku, telah tunggu di luar rumah dengan muka yang masam mencuka. "Sorry la ye wahai adikku, aku tidak bisa berbuat apa-apa..jiahahaha!!"
SEKIAN, TERIMA KASIH!