Friday, 29 March 2013

][][][][][][ PADA SUATU MALAM ][][][][][][

Pada suatu malam,
27 Mac 2013,
aku dan dua orang kawan
iaitu Firdaus dan Zaris
telah membuat kata sepakat untuk keluar lepak

walaupun pada mulanya niat ingin membain bowling
tetapi telah diubah kepada aktiviti karaoke
malang tidak berbau
pusat karaoke itu CLOSE
awal lagi masa tu
baru pukul 10.00 malam rasanya
then, plan kontigensi kami adalah
TENGOK WAYANG!

wayang yang kami bertiga tonton malam itu adalah..



cerita ini mengisahkan tentang pengorbanan dan kepintaran seorang lelaki yang memegang tanggungjawab sebagai anak, ayah dan suami kepada lima orang ahli keluarganya yang lain iaitu emaknya, isterinya, dan tiga orang anaknya.

mereka adalah keluarga dari zaman batu yang hidup di dalam gua dan memegang beberapa peraturan supaya    tidak terjebak dengan sebarang masalah atau musibah yang boleh mengorbankan mereka.
anak perempuannya sangat suka melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh ayahnya yang sangat pelindung itu.

pada suatu hari, seperti biasa, selepas berburu, mereka akan balik ke gua mereka, membersihkan diri dan tidur bertimbun. tetapi malam itu anak perempuannya telah keluar curi-curi dan melihat apa yang berlaku di luar gua. dari perbuatannya itu, dia telah berjumpa seorang lelaki yang bernama Guy.

sejak kemunculan Guy dalam kehidupan mereka, keluarga croods ini tidak lagi mahu mengikut peraturan ketua keluarganya kerana sering memberikan idea yang kolot dan suka duduk dalam gelap. Guy banyak membantu dengan menunjukkan kepada keluarga croods bahawa dunia luar lebih baik dan cantik berbanding tinggal di dalam gua yang hanya dikelilingi oleh batu sahaja.

pelbagai rintangan yang mereka hadapi sepanjang perjalanan untuk mengejar matahari atau hari esok iaitu untuk mencari tempat tinggal mereka yang baru kerana gua yang telah menjadi rumah mereka telah hancur kerana berlaku gegaran akibat aliran larva gunung berapi dalam tanah. si ketua keluarga sering berbalah dengan Guy untuk menyelamatkan mereka. tetapi pergaduhan mereka tidak berpanjangan, mereka bersatu tenaga dan idea dan akhirnya, mereka  menjadi sebuah keluarga bahagia yang hidup aman damai di sebuah kawasan yang baru yang lebih cantik dan terbuka .

The Croods happy family

P/S: cerita ini memang kalakar dan membuatkan anda tidak kering gusi bila menontonnya. jadi tunggu apa lagi? berlarilah ke pawagam berdekatan anda untuk menikmati keseronokan pengembaraan keluarga dari zaman batu ini! :D


Shine Your Way - Yuna & Owl City

TERBAIK LAH YUNA!
SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA!



Sekian, Terima Kasih! :)