pada 12 - 15 Mac yang lepas
aku bersama dengan 6 orang rakan setugas
iaitu TG Farah, Hana, Shafiq, Boy, Din, Botak
telah memikul tanggungjawab sebagai seorang tour guide
kepada sebuah sekolah Singapore yang membuat kem di Johor, Malaysia
sebelum menyambut pelancong kami
aku bergambar dengan bas aku.. haha
ni semasa aku di CIQ atau 1st link a.k.a woodland |
kalau anda perasan, di belakang saya iaitu yang berada di dalam bas itu adalah Uncle Raja,
captain coach aku.. dia baik.. kami panggil dia Dato'! ahahah.. saja gurau.. :)
setelah mengambil pelancong masing-masing
ketujuh-tujuh bas kami bergerak ke Savannah Hill Resort, Ulu Tiram, Johor
di sana para pelajar ini memulakan kem mereka
dari pagi tu sampailah ke petang kami duduk termenung je
bosan gila! apa boleh buat.. kerja..
kebosanan melanda.. maaf gambar menggigil..huhu.. |
haa tengok! kembali kezaman kanak-kanak ini dalam kawasan Savannah Hill Resort |
petangnya, kami bertolak pula ke New York Hotel, Johor
aik?! habis tu tadi kat resort tu buat apa??
haaa.. kalau nak tahu, budak-budak ni manja..
haaa.. kalau nak tahu, budak-budak ni manja..
kem kat resort yang dikelilingi dengan estet dan hutan-hutan..
tapi tidur malam kat hotel.. apa daaaaa..
kami juga yang untung.. :P
barang siapalah yang bersepah tu.. huh! penat sangat lettuw...! |
bed aku yang hujung sekali sebelah dinding tu.. hahaha yang tengah kemas beg tu TG Farah |
besoknya, kembali semula hantar pelajar-pelajar ni ke resort semalam
tunggu.. borak.. lepak.. makan.. minum.. tidur.. facebook.. bla bla bla..!
hari-hari macam tu.. berulang-alik dari resort di ulu tiram ke hotel..
bergambar selepas check-out hotel.. 4 lagi hero tak masuk dalam ni.. lady's only.. hehehe |
ha! ini bas saya.. bergambar kenangan.. setiap kali job aku mesti bergambar kenangan.. :) |
kini tibalah hari terakhir.. hari untuk menghantar budak-budak ni balik ke negara asal mereka..
tak sabar rasanya nak balik rumah.. hahaha..
sepanjang bawa group ni, inilah yang paling banyak masalah..
lepas ni aku tak nak terima group dari keturunan singa ni lagi.. sorry to say this..
semut kembali ke sarang.. eh bukan! budak-budak bergerak ke bas untuk PULANG.. |
tenaga pengajar sepanjang kem 4H3M yang ni ok.. tapi yang perempuan lagi sorang tu.. kerek! |
haaa! ini captain coach aku.. dia yang gantikan Uncle Raja tu, katanya ada kerja lain.. uncle ni pendiam sikit.. tapi dia ok.. tak banyak karenah.. |
kami selamat hantar pelancong kami di CIQ lebih kurang pukul 3.00 petang.. kot..lupa!
sebelum hantar sana, kami lunch di Grand Strait Garden,
sebuah restoran makanan laut yang halal di Dangan Bay..
Sekian, Terima Kasih!