Saturday 30 March 2013

][][][][][][ JOB YANG KE - 5 ][][][][][][

alohaaaaa..
pada 22 - 24 Mac 2013 merupakan tarikh keramat untuk..


ye...!!
F1 Malaysian Grand Prix !!!
tetapi, job yang aku terima ni hanya pada 23 dan 24 Mac sahaja..
so sepanjang job aku ni
aku tumpang tidur rumah kawan aku di Bangsar
first time tumpang rumah dia
so tak tahu jalan nak ke rumah dia
so dia jemput aku di Mid Valley
sebab aku dari TBS naik train..
masa tengah jalan-jalan kat Mid tu
aku sempat ambil gambar ni..

kat sini siap boleh main game F1 lagi.. pehh..!

keesokannya, aku bangun seawal 4.30 pagi sebab takut lambat
sebab aku kena standby di tempat parking ExxonMobil pukul 7.30 pagi
dari Bangsar aku naik train dan turun di KLCC
masa yang diambil hanya lebih kurang setengah jam rasanya..

tapi dari KLCC tu nak ke tempat berkumpul tu makan masa setengah jam juga.....
disebabkan masa tu kami tak pasti mana lokasi sebenar tempat berkumpul tu.. 
kami menapak perlahan.. ye la.. bas semua kumpul sana kan..
jauh gila kot, menapak dari train KLCC ke tempat parking ExxonMobil tu.. :(
sabar.. kerja.. kerja.. bukan jalan-jalan.. :D


tengok...!! betapa jauhnyaaaaaaaa
menapak dari klcc ke tempat parking ni..
tapi kitowang jalan dalam..
jalan kat taman rekreasi belakang KLCC ni.. :)
apapun memang penat la.. :D

ok, so layarilah gambar-gambar ni.. :)

cutenya budak ni.. hahaha.., perasan okkkkkkkk




bergambar kenangan dengan TG senior.. umur dia 74 tahun..
dari kiri, TG Siti..TG Farah..saya..

pemandangan di kawasan parking bas..

deretan bas.. banyak gila bas dan kenderaan masa ni..sesakkkk
company yang aku kerja ni je ada 22 bas yang dia bawa ke sini..
company lain entah berapa bas dan van pun tarak tau la..
cuaca kat sini sangat panas.. jadi perlu banyakkan minum air..
lepas tu nak ke tapak yang ada booth, ke litar lumba dan sewaktu dengannya
teramatlahhhhh jauhhhhhh..

haus kasut aku dibuatnya.. macam pijak atas apa je.. panassss..
apapun terbaik la sini.. walaupun bosan dari pagi sampai ke petang tunggu pelancong
tetap best sebab lepak dalam bas, borak-borak, makan-makan, tengok movie dan rehat dalam bas..
disebabkan hampir semua captain coach (driver bas) adalah india..
so movie yang ditayanglkan adalah movie dan lagu-lagu Hindustan ..!
kau hado..?? hahah.. terbaikkkk.. 



Sekian, Terima Kasih..!



















][][][][][][ JOB YANG KE-4 ][][][][][][

pada 12 - 15 Mac yang lepas
aku bersama dengan 6 orang rakan setugas
iaitu TG Farah, Hana, Shafiq, Boy, Din, Botak
telah memikul tanggungjawab sebagai seorang tour guide
kepada sebuah sekolah Singapore yang membuat kem di Johor, Malaysia

sebelum menyambut pelancong kami
aku bergambar dengan bas aku.. haha

ni semasa aku di CIQ atau 1st link a.k.a woodland

kalau anda perasan, di belakang saya iaitu yang berada di dalam bas itu adalah Uncle Raja, 
captain coach aku.. dia baik.. kami panggil dia Dato'! ahahah.. saja gurau.. :)

setelah mengambil pelancong masing-masing
ketujuh-tujuh bas kami bergerak ke Savannah Hill Resort, Ulu Tiram, Johor
di sana para pelajar ini memulakan kem mereka
dari pagi tu sampailah ke petang kami duduk termenung je
bosan gila! apa boleh buat.. kerja..

kebosanan melanda.. maaf gambar menggigil..huhu..

haa tengok! kembali kezaman kanak-kanak
ini dalam kawasan Savannah Hill Resort
petangnya, kami bertolak pula ke New York Hotel, Johor
aik?! habis tu tadi kat resort tu buat apa??
haaa.. kalau nak tahu, budak-budak ni manja..
kem kat resort yang dikelilingi dengan estet dan hutan-hutan..
tapi tidur malam kat hotel.. apa daaaaa..
kami juga yang untung.. :P

barang siapalah yang bersepah tu.. huh! penat sangat lettuw...!

bed aku yang hujung sekali sebelah dinding tu.. hahaha
yang tengah kemas beg tu TG Farah

besoknya, kembali semula hantar pelajar-pelajar ni ke resort semalam
tunggu.. borak.. lepak.. makan.. minum.. tidur.. facebook.. bla bla bla..!
hari-hari macam tu.. berulang-alik dari resort di ulu tiram ke hotel..

bergambar selepas check-out hotel..
4 lagi hero tak masuk dalam ni..
lady's only.. hehehe

ha! ini bas saya..
bergambar kenangan..
setiap kali job aku mesti bergambar kenangan.. :)

kini tibalah hari terakhir.. hari untuk menghantar budak-budak ni balik ke negara asal mereka..
tak sabar rasanya nak balik rumah.. hahaha.. 
sepanjang bawa group ni, inilah yang paling banyak masalah..
lepas ni aku tak nak terima group dari keturunan singa ni lagi.. sorry to say this..

semut kembali ke sarang..
eh bukan! budak-budak bergerak ke bas untuk PULANG..

tenaga pengajar sepanjang kem 4H3M
yang ni ok.. tapi yang perempuan lagi sorang tu.. kerek!

haaa! ini captain coach aku..
dia yang gantikan Uncle Raja tu, katanya ada kerja lain..
uncle ni pendiam sikit.. tapi dia ok.. tak banyak karenah..

kami selamat hantar pelancong kami di CIQ lebih kurang pukul 3.00 petang.. kot..lupa!
sebelum hantar sana, kami lunch di Grand Strait Garden,
sebuah restoran makanan laut yang halal di Dangan Bay..



Sekian, Terima Kasih!













Friday 29 March 2013

][][][][][][ PADA SUATU MALAM ][][][][][][

Pada suatu malam,
27 Mac 2013,
aku dan dua orang kawan
iaitu Firdaus dan Zaris
telah membuat kata sepakat untuk keluar lepak

walaupun pada mulanya niat ingin membain bowling
tetapi telah diubah kepada aktiviti karaoke
malang tidak berbau
pusat karaoke itu CLOSE
awal lagi masa tu
baru pukul 10.00 malam rasanya
then, plan kontigensi kami adalah
TENGOK WAYANG!

wayang yang kami bertiga tonton malam itu adalah..



cerita ini mengisahkan tentang pengorbanan dan kepintaran seorang lelaki yang memegang tanggungjawab sebagai anak, ayah dan suami kepada lima orang ahli keluarganya yang lain iaitu emaknya, isterinya, dan tiga orang anaknya.

mereka adalah keluarga dari zaman batu yang hidup di dalam gua dan memegang beberapa peraturan supaya    tidak terjebak dengan sebarang masalah atau musibah yang boleh mengorbankan mereka.
anak perempuannya sangat suka melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh ayahnya yang sangat pelindung itu.

pada suatu hari, seperti biasa, selepas berburu, mereka akan balik ke gua mereka, membersihkan diri dan tidur bertimbun. tetapi malam itu anak perempuannya telah keluar curi-curi dan melihat apa yang berlaku di luar gua. dari perbuatannya itu, dia telah berjumpa seorang lelaki yang bernama Guy.

sejak kemunculan Guy dalam kehidupan mereka, keluarga croods ini tidak lagi mahu mengikut peraturan ketua keluarganya kerana sering memberikan idea yang kolot dan suka duduk dalam gelap. Guy banyak membantu dengan menunjukkan kepada keluarga croods bahawa dunia luar lebih baik dan cantik berbanding tinggal di dalam gua yang hanya dikelilingi oleh batu sahaja.

pelbagai rintangan yang mereka hadapi sepanjang perjalanan untuk mengejar matahari atau hari esok iaitu untuk mencari tempat tinggal mereka yang baru kerana gua yang telah menjadi rumah mereka telah hancur kerana berlaku gegaran akibat aliran larva gunung berapi dalam tanah. si ketua keluarga sering berbalah dengan Guy untuk menyelamatkan mereka. tetapi pergaduhan mereka tidak berpanjangan, mereka bersatu tenaga dan idea dan akhirnya, mereka  menjadi sebuah keluarga bahagia yang hidup aman damai di sebuah kawasan yang baru yang lebih cantik dan terbuka .

The Croods happy family

P/S: cerita ini memang kalakar dan membuatkan anda tidak kering gusi bila menontonnya. jadi tunggu apa lagi? berlarilah ke pawagam berdekatan anda untuk menikmati keseronokan pengembaraan keluarga dari zaman batu ini! :D


Shine Your Way - Yuna & Owl City

TERBAIK LAH YUNA!
SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA!



Sekian, Terima Kasih! :)








Wednesday 6 March 2013

][][][][][][ LAGU BARU FAIZAL TAHIR ][][][][][][

BIAR

Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh
Biar menghapus semua rasa
Yang merapuh

Biar aku memberi
Biar senyum kembali
Biar ku sentuh jari jemari
Pejamkan mata

[*] Biar saja airmata
Menangis terus menangis
Biarkan lepas semua rasa perit
Perit yang manis
Biar saja airmata
Mengalir terus mengalir
Biar habis semua di bahuku

Jangan mahu sendiri
Jangan dibiar mati
Bawa kemari hati ke sini
Pejamkan mata

Repeat [*]

Bagai mimpi terindah
Lepaskan dirimu dalam ku
Taman kamu biar ku memberi
Cinta yang kan membawa mu
Ke syurga

Repeat [*]

Perit yang manis
Biar saja airmata
Mengalir terus mengalir
Biar habis semua di bahuku

Biar lena berlabuh
Biar sakitnya sembuh
Biarkan lepas semua rasa perit


# marilah beramai2 menyokong industri muzik tanah air terutama sekali FAIZAL TAHIR! :D