Tuesday, 11 December 2012

][][][][][][ PERTAMA KALI AKU ... ][][][][][][


..Pertama kali ku dengar suaramu
Sayunya hatiku merindui dirimu..
..Walaupun baru kita bersua muka
Namun aku telah jatuh cinta..

Pertama kali ku dengar suaramu?
ye .. pertama kali aku melihat suasana di 2ndlink..
a.k.a Sultan Abu Bakar CIQ Complex..
di situ aku mempelajari bagaimana untuk menyambut tetamu yang datang ke Malaysia
di situ aku lihat suasana sebenar keluar masuk pelancong
dari Singapura ke Malaysia dan sebaliknya..


Sayunya hatiku merindui dirimu?
ye .. sayunya hatiku ini tatkala semangat aku tidak sekuat dulu..
semangat untuk menjadi seorang tour guide yang berjaya..
yang aku impikan sejak mula mengenal apa itu dunia..

Walaupun baru kita bersua muka?
ye .. walaupun baru je beberapa ketika aku menjadi tour guide..
dan walaupun aku baru je menyelam ke dalam dunia seorang tour guide..
aku akan cuba sehabis baik untuk menuju kearah sinar kegemilangaan itu..


Namun aku telah jatuh cinta?
ye .. hendak tak hendak, pelbagai rintangan harus aku hadapi..
untuk bergelar seorang tour guide yang lebih tabah dan cemerlang..
kerana aku telah jatuh cinta dalam dunia guiding ini.. <3

P/S: doakan aku dalam cita-citaku ini ye teman-teman? terima kasih! :)