Wednesday, 12 December 2012

][][][][][][ 12 DISEMBER 2012 ][][][][][][



12 - 12 - 2012

cantik sungguh angka ini bukan?
banyak kenangan yang telah kita kutip bermula dari kita membuka mata..

suka duka pahit manis baik buruk tinggi rendah.. semuanya!

namun malangnya kita takkan jumpa angka yang sama seperti ini lagi ..

tidak akan sama sekali..!
jadi.. muhasabah diri kita.. berubah ke arah yang lebih baik..

tidak lupa juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang diimpikan ..

supaya kelak kita akan gembira sentasa damai hingga akhirnya ..


demi masa .. sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian..

kamu akan kerugian sekiranya kami tidak memanfaatkan masa yang telah dipinjamkan kepada kamu..

setiap kali kamu tidak mengejar masa, masa yang akan memancung kamu..

kerana masa adalah ibarat sebilah pedang, yang tajam .. 

kejarlah masa.. jangan biarkan masa mengejar anda..

jika sesuatu kejadian itu berlaku, sama ada kita suka atau tidak ..

ianya takkan boleh berulang kembali..

nikmatilah selagi diberi kesempatan untuk melihat bumi allah yang indah ini..

kerana, kita hanya seorang pedagang yang akan singgah ke destinasi terakhir dan berehat untuk selamanya..



SEKIAN.