Friday, 5 October 2012

][][][][][][ TOUR GUIDE BARU ][][][][][][

Assalamualaikum, selamat malam dan salam 1Malaysia. Saya Ezza Johari selaku pemandu pelancong anda sepanjang seumur hidup anda membaca blog saya ini. Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Di sini saya ingin mengingatkan anda bahawa alamat blog saya adalah nozajo.blogspot.com. Saya ulangi sekali lagi, nozajo.blogspot.com. Sila save  alamat blog saya difikiran anda supaya anda tidak lupa untuk melawat blog saya. Sukacita saya ingin memperkenalkan anda kepada pembaca blog saya pada hari ini iaitu adalah En/Pn/Cik anda yang sedang membaca. Sila berikan tepukan kepada diri anda sendiri. Terima kasih!

Sebelum saya memulakan bicara selanjutnya, saya ingin bertanya, adakah anda sudah mempunyai banyak masa untuk melayan post-post di blog saya? Adakah anda sudah membayar bil internet anda supaya perjalanan anda untuk meneroka blog saya berjalan dengan lancar dan pantas? Jikalau sudah semuanya sila tepuk tangan anda pada meja untuk memastikan bahawa anda sudah betul-betul bersedia membaca hari ini. Baiklah, tanpa membuang masa, saya ingin menceritakan apa yang telah berlaku pada saya hari ini.

Pada hari ini iaitu pada jam 10.45 pagi, saya dan mak saya telah bergerak dari rumah untuk menjemput rakan saya iaitu Hanny di Melaka Sentral (MC). Sebelum ke sana, kami telah menjemput pengurus kami iaitu En. Fairus yang juga merupakan Nature Guide aka student di kolej saya.Tujuan utama kami adalah untuk mengambil blue badge City Guide kami. Setelah makan tengah hari kami bergerak ke Mahkota Parade (MP) sementara menunggu pejabat di Kementerian Pelancongan Malaysia di Ayer Keroh, Melaka buka semula selepas berehat untuk makan tengah hari dan solat jumaat, kami telah menghabiskan masa selama sejam ke tempat yang diminati ramai iaitu pusat karaoke. Di sana kami melepaskan semua perasaan yang terbuku di minda kami kala itu.

Seterusnya, kami bergegas ke kementerian dan menyelesaikan urusan yang perlu. Di sana kami bertemu dengan seorang lagi kawan kami iaitu Christine. Beberapa minit berlalu. Tiba giliran saya, dan akhirnya saya memegang sampul surat yang besar dan terisi pelbagai barang penting termasuk badge saya! Alangkah terharunya hatiku kala itu kerana telah berjaya menggengam sebuah blue badge! Tatkala itu hancurlah sudah semua cemuhan, rintangan, kemarahan, pandangan rendah, kebencian dan pelbagai lagi perasaan yang kononnya bakal melemahkan saya! Hal ini adalah kerana saya telah berjaya membuktikan bahawa saya telah BERJAYA! Walau bagaimanapun, saya tidak boleh terlalu gembira dan berpuas hati kerana perjalanan yang harus saya tempuhi masih panjang. Selesai semuanya. Maka kami telah bergelar Tour Guide (TG) secara rasmi! Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan tunjuk ajar selama ini. We love u all!

Akhir sekali, saya akan upload blue badge saya itu pada post akan datang. TQ!

P/S: Tahniah diucapkan kepada TG Hanny, TG Fera, TG Christine, TG Ewin dan TG2 yang lainnya! Sama-samalah kita menuju tangga kejayaan!



SEKIAN, TERIMA KASIH!