Saturday, 8 September 2012

][][][][][][ PERSEDIAAN KOMENTAR ][][][][][][

wah!! lamanya aku tak update blog!
macam-macam perkara berlaku dalam hidup aku
biasalah.. pelajar kan? haruslah sibuk..
sekarang aku tengah sibuk untuk satu program besar kolej aku..
Program Jelajah Merdeka..
tugas aku dan kawan-kawan kolej yang lain adalah
menjadi Pemandu Pelancong (Tour Guide)
kepada pelajar IPT yang terlibat
tempat-tempat yang telah ditugaskan untuk aku adalah,
Bukit Cina, Perigi Hang Li Po,
manakala rakan setugas aku akan ambil tentang Bukit Senjuang dan Perkampungan Portugis
tak sabar rasanya nak menghadapi hari tersebut
so 14 - 16 September adalah merupakan hari besar bagi aku dan budak-budak kolej aku..
semoga segala perjalanan dan aktiviti dapat berjalan dengan lancar..

P/S: Semoga berjaya kepada kawan-kawan aku yang terlibat.. harap korang dapat buat yang terbaik.. kuatkan semangat dan berkeyakinan tinggi. malahan jangan lupa penuhkan ilmu tentang melaka dan tempat lawatan kita nanti di dada! cayokk! :D



Sekian, Terima Kasih!