pagi tadi kami adalah orang paling AKHIR keluar dari bilik..
nasib baik tak kena marah..
:)
then naik bas..
aku duduk sorang je..hahaha..
sampai je kat IK tu,
kami dihidangkan sarapan.
paling kesian aku dan 4 orang lagi kawan kongsi makanan wooo
sebab budak-budak lain makan tak ingat dunia..
bayangkanlah sepinggan mee goreng yang ada la seciput, sepinggan kuih kaswi yang ada la dalam 5/6 ketul dan setengah cawan air kopi...
benda ni kami KONGSI berlima..
:) sangatla sehati sejiwakan kami?
time macam ni tiba-tiba kami teringat kawan-kawan seperjuangan kami di kolej..
terutama pak cik-pak cik tu..
pagi-pagi lagi dah message kami tanya tengah buat apa, dah makan belum, itu ini.. :(
masa makan kongsi-kongsi ni..
tiba-tiba hati kami tersentuh..rindu gila kat mereka..
kalaulah pak cik-pak cik tu ada mesti kami tak macam ni..
terpinggir, dipandang sedikir serong..dan sebagainya..
kalau korang ada kami mesti rasa selamat..mempunyai tempat pelindungan dan sebagainya... :)
pak cik manja, ah hu, ah bao, ah san dan semuanya..
we all miss u so much :')
tunggu kami balik ok.. :D
ok lupakan hal yang amat menyedihkan ni..
kelas dimulakan dengan sesi perkenalan diri..
"perkenalkan diri anda, asal mana, kolej mana dan kenapa anda berbangga menjadi rakyat Malaysia"
itulah soalan yang harus kami jawab..
lecterur ni nama dia En. Shah..kelakar gile..
pandai buat lawak..tak kering gusi kami dibuatnya..
hahahahahah
selepas makan tengah hari, kami sambung lagi kelas kami dan balik pada pukul 5.30 pm..
dalam perjalanan balik, kami telah singgah ke sebuah pasaraya Giant
kat sini aku amik kesempatan untuk beli air mineral botol BESAR punya iaitu 5 LITER.! :p
beli roti dan sebagainya....
dan 7.30 pm kami bertolak balik ke hostel.........
malamnya, kami tak pergi makan malam di bawah,
tapi kami telah keluar dan bershopping di Wangsa Walk Mall dengan menaiki kereta salah seorang teman lelaki kawan kami ..di kesempatan ini aku membeli perfume SG MEN AURA!!!
FAIZAL TAHIR...!!
:D
so sekarang aku nak tido...
bye..and selamat malam..! :D
SEKIAN, TERIMA KASIH!