Friday, 6 April 2012

][][][][][][ CABARAN DAN HARAPAN ][][][][][][][

tersebutlah kisah........lima orang gadis.......yang datang berhijrah ke kuala lumpur.....oppps!! salah! bukan berhijrah la, tapi ada la tujuan dia.. bukan sesuka je ok ok ok ? hahahaha..

hari demi hari, setelah genap enam hari aku dan empat orang lagi rakan aku kat Bangsar ni untuk menghadiri kursus pentauliahan pemandu pelancong, akhirnya kami berasa selesa dengan keadaan sekeliling dan kawan-kawan yang datang dari kolej komuniti yang lain..tidak lagi membuat tugas sendiri dan hanya bergaul dengan budak kolej sendiri, dah la kami berlima je..haha

tapi kenapa? sebab pada mulanya kami bertindak seperti orang sombong bukan kerana tak nak bertegur sapa dengan mereka ye..cuma cuma cuma, masa tu kami tengah gila dan tersangatlah sibuk menyiapkan assignment kami yang banyak gila..dengan kerja yang banyak dan melambak-lambak, secara tidak sengaja otak kami tidak menumpukan sepenuhnya kepada kawan-kawan baru kami yang baru sampai itu..

sorry kengkawan, bukannya kami tak nak tegur korang, cuma pepaham je la, besok nak submit port folio, tapi malam tu kami terpaksa terkocoh-kocoh nak siapkannya. sedih kan? tapi alhamdulillah, setelah bertungkus-lumus, portfolio kami berjaya disiapkan.. amin! :)

sekarang kami selesa dengan korang semua, dengan gadis-gadis dari kolej komuniti US ni..korang memang terbaik dan gila-gila..maaflah kalau orang melaka ni bergurau dengan kasau..biasalah..MELAKA... :) kasar-kasar pun baik tau sebenarnya, tak rugi korang kawan dengan kami ni..

CABARAN? besok merupakan hari kami semua iaitu kesemua 30 orang untuk memulakan praktikal on coach..dengan jalan sewaktu coaching yang telah berubah, telah memeningkan kepala kami..memang gila la, selesai satu masalah timbul pula masalah lain, heii sabau je la..tapi apapun kami akan membuat komentar yang terbaik semampu kami, demi untuk orang yang telah banyak menyokong kami semua selama ini..terima kasih..we love and miss u all so much! :'-(

HARAPAN? pastilah kami berharap supaya kami akan lulus peperiksaan ini iaitu ujian bertulis, oral, slides dan coaching untuk membolehkan kami mendapat blue badge iaitu seorang pemandu pelancong yang bertauliah! amin... semoga cita-cita kami terlaksana ya allah.. kerana kami amat menyayangi bidang ini dan telah mengorbankan pelbagai perkara untuk masuk ke bidang ni..

kepada kawan-kawan dan lecterur yang mengenali,
doakan kejayaan kami di sini..
kami akan cuba yang terbaik..
:D



SEKIAN, TERIMA KASIH!