LAWATAN KE KLIA, LCCT DAN NILAI 3
Pada 1 Mac 2012 iaitu bersamaan dengan hari khamis, sekumpulan pelajar dan 3 orang pensyarah dari Kolej Kem Tak Best (nama kolej aku.. :P) telah mengadakan lawatan ke KLIA, LCCT DAN NILAI 3 dalam lawatan sehari yang bermula jam 9 pagi. Sepanjang perjalanan ini, salah seorang pensyarah kami yang memiliki Blue Badge telah memberikan komentarnya yang berkesan untuk dijadikan panduan kepada para pelajarnya.
Pada pukul 10.25 pagi, kami telah berhenti di R&R Seremban untuk minum pagi. Masa yang diberikan adalah selama 15 minit sahaja. Namun apa yang menyedihkan saya dan beberapa orang lagi rakan saya adalah pengurusan masa yang berlaku dalam lawatan ini. Akhirnya kami bertolak pada semula untuk ke KLIA pada jam 11.00 pagi.
Kami tiba di KLIA lebih kurang jam 12.00 tengah hari, kami pun sampai di KLIA dan menjalankan tugas kami untuk mengambil sebanyak maklumat yang boleh. Sewaktu dalam lawatan di KLIA itu saya telah menolak troli di situ dan salah seorang dari rakan saya duduk di atasnya! (muahahahahha!!). Namun, kami juga sempat bergambar kenangan dan kenangan yang suka-suka. (gedikz je!)
Selepas lebih kurang dua jam di KLIA, kami bertolak pula ke LCCT. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit mengikut keadaan lalu lintas. Menariknya di sini, kami hanya meluangkan lebih kurang 15 hingga 20 minit sahaja di sini setelah diberi sedikit penjelasan dari salah seorang pelajar yang memang sudah pakar dalam bidang perlancongan ini kerana beliau mempunyai PHD! (woooow!!). Saya doakan beliau akan lulus peperiksaan untuk melayakkan beliau menjadi pemandu pelancong yang berjaya kelak.
Seterusnya, kami meneruskan perjalanan ke Nilai 3. pada jam 2.40 petang barulah kami tiba di destinasi yang dijanjikan. Para pelajar berasa sangat malas dan penat kerana tiada duit untuk berbelanja di sini. Malahan, sudah dua kali melawat di tempat yang sama. Manakan tidak. Elaun masih belum keluar. Masa yang kami habiskan di sini adalah hampir dua jam. Sewaktu sedang menjamu selera, hujan turun dengan lebatnya. Keadaan yang panas dan bahang telah menyejukkan suasana. Aman damai rasanya. Setelah menunaikan solat, lebih kurang 10 minit sebelum jam 4.00 petang. Saya dan rakan-rakan saya menaikan bas semula dan perjalan pulang pun tiba.
Setelah beberapa minit berlalu. Tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh pensyarah kami. Iaitu mendengar komentar (cakap di depan gunakan mikrofon) daripada kami. Contohnya seperti ini:
"Assalamualaikum, selamat pagi dan salam satu Malaysia. Saya Ali Bin Biol merupakan pemandu pelancong anda untuk lawatan ini. Anda boleh panggil saya Ah Bi jika tidak keberatan. Baiklah, sukacita diingatkan bahawa bas yang kini naiki adalah bas persiaran yang bewarna putih hijau iaitu bas persiaran Malaysia. Selain bas persiaran terdapat lagi pelbagai jenis bas lain iaitu bas sekolah, bas pekerja, bas ekspress dan sebagainya. No pendaftran bas kita ada ABC 1234. Diulangi, ABC 1234. Saya harap anda dapat mengingati nya kerana anda berkemungkinan akan tersalah bas.....bla bla bla! (ini baru mukadima dia..sebenarnya panjang lagi wooooo...makan masa 20 minit dan lebih pun ada)
Seorang demi seorang telah menyampaikan komentarnya. Secara keseluruhan, penyarah kami amat berpuas hati dengan komentar yang disampaikan. Tahniah kepada pelajar City Guide. Kami Pelajar Tour Leader dah biasa dah buat benda tu semua. :P
Selesai semuanya. En. M. iaitu Manja namanya telah membuat satu bas bergegar dengan lawak dan teka-teki yang diberinya. Antara teka tekinya adalah.
1. Kena apa buah kelapa gugur?
2. Kenapa hujan kucing kelip2kan matanya?
2. Kenapa hujan kucing kelip2kan matanya?
3. Sakit apa paling sakit?
jawapan? sila tanya saya nanti atau sms sahaja..hehe..
banyak lagi la..hahahahahha pecah perut dibuatnya lelaki bekas askar dan mempunyai anak empat ini berlawak..! tak kering gusi dibuatnya.
Tuntasnya, lawatan kami pada kali ini sangat syokkkkkk..dan masyuuukkk..!
Disediakan Oleh: Karlezza Joez
SEKIAN, TERIMA KASIH!