"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana."
Sunday, 26 February 2012
][][][][][][ PATAH SERIBU ][][][][][][
hahh....tahu tak lagu ni?
minat ke? i loike lagu ni.. :D
cerita ni best juga dan yang paling penting cute! muahahaha...
jom baca sinopsis cerita ni.. :)
Mengisahkan tentang Bella (Shila Amzah) yang dibesarkan dalam suasana mewah sejak kecil yang mula merasakan hidupnya kosong apabila mendapati rakan-rakannya hanya rapat dengannya kerana wang dan kedudukan.Dia berkenalan dengan Azu (Shaarnaz Ahmad) yang merupakan seorang penjual buahberangan namun Azu enggan melayannya sehinggalah pengutip cukai haram datangmemeras ugutnya di gerai.Kasihan dengan Azu, Bella membayar sejumlah wang kepada penjahat tersebut dan sejak itu dia semakin rapat dengan Azu dan pelbagai kisah menarik terjadi sepanjang perkenalan mereka. Sejak itu mereka "bercinta". Macam-macam dugaan mereka tempuh daripada parents Bella, tambah lagi dengan si "Sakai" yang asyik nak minta duit sahaja kerjanya. Akhirnya, Azu meninggal dunia selepas pengsan sewaktu tengah "dating" dengan Bella sebab Azu ada darah beku di belakang kepala. Semuanya berpunca selepas geng Lion dan geng Tauke gaduh.... :(