Tepat jam 9.15 pagi, 15 Mac 2012, kami bergerak dari kolej. Semua pelajar kelas aku (Tour Leader) ada kecuali seorang je yang tak dapat nak join sebab dia tak nak terjumpa seorang pensyarah ni. Siapa? Entah..tapi kenapa? Entah..biarlah rahsia..hanya aku je tau..hahaha! kelas City Guide lagi cuma ada 6 orang je..mana yang lain? Entah..
Manakala, pada pukul lebih kurang 10.25 pagi, kami berhenti sarapan di R&R Seremban untuk sarapan. Tapi aku dan beberapa orang kawan aku dah sarapan dulu sebelum bertolak. Kami makan nasi lemak yang aku beli kat kampong aku ni. Sebab takut tak sempat macam hari tu.
Dalam jam 11.45 macam tu la kot..sorry aku tak tengok jam. Kami bertolak semula. Pada waktu tu kepala mula la pening sebab abang yang bawa kami ke destinasi ni memang seorang yang ‘pakar’ juga la.. mana taknya..bawa BAS tapi macam bawa FERRARI! Bak kata Rossa dalam iklan Era FM..”, jangan lupa pakai tali pinggang kelder..dan jangan cilok-mencilokkk!!
Perjalanan diteruskan lagi ke Putrajaya. Tempat pertama yang kami lalui adalah Istana Melawati. Sebuah istana hinggap untuk YDPA kita dan juga sebagai rumah rehat atau rumah kedua baginda. Istana ini terletak di atas bukit tertinggi di Putrajaya dan boleh dari istana ini boleh melihat hampir keseluruhan Putrajaya yang sangat cantik dan menarik juga da bomb!
Lawatan kami diteruskan lagi ke pejabat perdana menteri dan timbalan malah menteri-menterinya yang lain iaitu ke Perdana Putra. Bukan pergi masuk dalam tu pun..luar je, take a picture..lepas tu kami ke Masjid Putra dan melawat Tasik Putrajaya yang berdekatan dengan Masjid Putra tu. Masa sedang bergambar dan berborak malahan mendengar komentar dari pensyarah kami yang dah ada blue badge, berlaku satu drama ni..
Pak Cik Jaafa : wah..ni kalau nak memancing ni syokk ni..! (sambil melakonkan watak seperti sedang memancing.
Aku : (aku yang tiba-tiba ternampak ikan besar yang besar dan berbelang..) hah! Saya dah dapat ikan..tolong..tolong..berat ni! (sambil melakonkan aksi sedang menaikkan ikan yang besar)
Pak Cik Jaafa : wei, Manja, kau tengok budak ni..aku penat-penat campak pancing dia pulak yang dapat ikan. Mana aci macam ni! (sambil mencuit rakannya di sebelah)
Pak Cik Manja : hahahah! (pak cik Manja gelakkan dia!aku pun gelak la sekali..memang ada ikan pun, dia tak perasan kot masa tu. Apa boleh buat..)
Masa kat Masjid Putra kan, beberapa pensyarah dan kawan-kawan aku tak dilepaskan masuk kerana mungkin pakaian tak mencukupi criteria untuk masuk ke dalam masjid tu. Kalau nak masuk juga kena pakai jubah warna PINK! Uewww.. aku lepas sebenarnya kalau nak masuk ke dalam kawasan tu cuma disebabkan aku sorang je lepas, tak apalah..tengok dari jauh je..rasa sedih pun ada sebab rasa macam ahli neraka yang tidak berjaya melepasi titian silatul mustaqim untuk sapai ke syurga. Mana taknya? Siapa yang berpakaian sesuai dan menutup aurat baru dapat lepas untuk ke seberang sana. Mungkin satu hari nanti aku akan sampai juga ke dalam sana. Amin.. J
Selepas itu kami meneruskan kembali perjalanan ke Taman Botani Putrajaya ni. Kami amik masa dalam setengah jam je..apa entah nama taman tu dah lupa. Dan perjalanan diteruskan lagi ke Preseint 9 untuk menjamu selera. Mana taknya, perut masing-masing semua dah lapar gila..berputar-putar aku dan kawan-kawan aku cari tempat duduk dan makanan yang nak dimakan. Disebabkan masa tu waktu lunch. Meja penuh. Dan akhirnya masuk kali ke 2 setengah tawaf kami tu, ada 2 meja kosong! Bagus! Cukup-cukup je..kami pun sambungkannya dan aku makan nasi campur dan teh ais. Ada yang makan nasi briyani, kueh tiaw basah, nasi ayam, nasi kerabu, mihun rebus dan mee masak apa entah.. haha.. selesai je makan, kami berborak sambil makan rojak buah. Nyum-nyum..sedap!
Akhirnya..tibalah semula ke tujuan asal kami. Ke pesta Hot Balloon Putrajaya! Yeaahhhhh! Keadaan cuaca yang panas terik telah membuatkan aku dan kawan-kawan aku hanya melepak dalam bas je sementara menunggu yang lain-lainnya ambil nombor. 2 jam menunggu akhirnya mereka tiba dengan berlari-lari anak kerana cuaca yang mula menunjukkan ada rintik-rintik air yang sedang turun dengan ganasnya. Belon panas tak dapat naik kalau waktu hujan. Jadi penerbangan itu terpaksa ditunda ke jam 8 malam. What?! Lama gile! Sabor je la..
Setelah keputusan dibuat, kami ingin menunggu juga untuk naik belon pans tu sebab kesian kan dorang yang dah beratur panjang lebar untuk ambil nombor untuk kami. Seorang hanya dibenarkan amik untuk 3 orang sahaja dan hanya dihadkan untuk 300 orang untuk naik belon panas hari itu. Dan kami pun bergerak ke Alamanda untuk berehat-rehat dan sebagainya. Dan ketika sedang bersorak-sorak dalam bas, tiba-tiba terjadi drama ni..
A : Eh! Encik Manja mana? (dengan seriusnya muka dan suaranya. Masing-masing semua toleh ke belakang dan ternyata pak cik Manja memang tak ada! Oh tidak! Tertinggalkah ia?)
B : Hah! Tu la siapa suruh tak kira dulu sebelum bas bergerak tadi. Dah banyak kali saya cakap kan.. (ceh..ceh..ceh..kami semua nervous gila plus terharu dan kesian sebab jika benarlah pak cik Manja tertinggal. Alangkah sedihnya..haaaa...parap..parap!)
Secara tiba..muncul satu suara sayup-sayup kedengaran melalui corong-corong speaker..
C :Hendak ku nangis: Tiada berair mata: Hendak ku senyum: Tiada siapa nak teman: Kalaulah nasib: Sudah tersurat: Begini hebat: Apa nak buat.. (hah! Sah! Pak cik Manja tak tertinggal pun! Saje je buat suspens la...hahahah..memang tak boleh belah! Kami pun meneruskan perjalanan ke Alamanda...)
Pada jam lebih kurang 7.00 malam macam tu kami masih menunggu. Lambat benau..so aku dan kawan-kawan aku ni pegilah lepak kat tepi tasik. Kebetulan masa tu matahari tengah nak terbenam. Cantik wo! Macam ni....
Akhirnya kami pun beratur lagi laaaa....dan ambil tiket. Bayaran yang dikenakan adalah RM10 dan kami tak perlu bayar sesen pun sebab kolej bayar..huhu..lepas tu beratur lagi dan lagi...naik lenguh kaki aku ni tau?? Sementara tu kami tengok la belon yang tengah nak ditegakkan. Cantik dan tak sabar rasanya nak naik..tengok ni..
At last! Tepat jam 9.10 malam macam tu la kot. Tibalah giliran aku dan 2 orang lagi kawan. Peh! Berdegar siot..! sempat amik gambar.. :P dan belon panas yang besar ni pun naik..naik dan terus naik! Wah! Manyak syiokk wooo..! OML cantiknya!! Terlalu gembira sampaikan nak ambil gambar pun lupa.. :P..adalah dalam 5-7 minit kami terapung-apung di udara. Setinggi macam bangunan 4 atau 5 tingkat je kot. Masa tu kawan aku ni dah jerit-jerit dah sebab abang tu boleh pulak gegar-gegarkan bakul dan membuatkan kami seram sejuk..hahah..apapun memang terbaik.
Selesai segalanya. Semua dah merasa naik hot balloon. Bergambar dan naik semula ke bas untuk pulang ke kolej. Rancangan ke I- City terpaksa dibatalkan kerana waktu tu jam dah pun menunjukkan lebih kurang 10 malam rasanya..kalau nak lepak sana tengok lampu sekali pun agak-agak bila boleh sampai Melaka dan bila pak cik-pak cik dan pelajar yang rumah jauh kat Port Dickson tu nak sampai rumah? 3? 4? Atau 5 pagi? Haha..lu pikirlah sendiri.
Masa roda bas mula bergerak meninggalkan kawasan pesta belon panas tu, kami diwajibkan untuk menjawab terlebih dahulu soalan yang pensyarah dah bagi sebelum kami dibenarkan tidur dan berehat tanpa membuat sebarang komentar! Wuhooo... Soalannya. Namakan 8 nama jambatan yang ada di Purajaya. Siapa tahu? Haha.. masa tu kami semua bergabung tenaga dan meletup memberikan jawapannya. Iaitu, Jambatan Putra, Jambatan Seri Wawasan, Jambatan Seri Perdana, Jambatan Seri Gemilang, Jambatan Seri Bakti, Jambatan Seri Saujana, Jambatan Seri Setia, dan Jambatan Seri Bestari.
Apa tunggu lagi? tido time! We all so so so damn tired kot hari tu..penat tadi berbaloi..! J kurang sikit gelak-gelak ketawa kami sebab masing-masing penat dan sejuk dalam bas. Semua terlelap........11.25 malam baru sampai kolej. Aku yang merempit ke kolej sempat teman sorang kawan aku ni balik rumah dan aku pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah kerana BOSS BESAR dah balik..terpaksa batalkan niat nak tido rumah kawan. Yela..dah malam...dan 5 minit sebelum jam 12.00 am..aku tiba di rumah dengan melalui kawasan KUBUR...