Tuesday, 20 March 2012

][][][][][] BLURR GILA DOHHH!!! ][][][][][][

Pagi tadi ada SPEECH MEET AND GREET..ada amik markah ..seorang demi seorang yang bercakap kat depan kelas telah memberikan komentar yang sangat baik bagi aku. tak macam sebelum-sebelum ni, ada diantara mereka yang tidak dapat menyampaikan komentar dengan baik mungkin disebabkan takut, malu atau tak ada keyakinan diri yang baik untuk bercakap di hadapan..ataupun maybe dorang berkobar-kobar sebab minggu depan 27 - 29 Mac 2012 kami akan membuat praktikal akhir di langkawi dengan menggunakan flight air asia dan bas persiaran dari salah sebuah agensi pelancongan di Langkawi sana.

Seorang demi seorang telah menyampaikan komentar. ada yang buat lawak sampai kering gusi dan berair mata dibuatnya dan pelbagai cara yang dorang sampaikan..lecterur pun gelak sekali sampai selsama, bersin dan menangis dibuatnya.. akhir sekali.. tibalah giliran aku, aku adalah orang terakhir yang dipanggil oleh pensyarah. dengan sedikit teragak-agak aku pun bangun setelah nama dipanggil. entah kenapa hari ni aku rasa lain. mana perginya semua semangat aku dan keyakinan yang ada dalam diri aku sebelum ini? seorang yang yakin ketika berbicara di hadapan dengan keyakinan dan membuatkan para pendengar tersenyum, tergelak, senang hati dan diberikan tepukan gemuruh.. mana mana mana mana????? di mana di mana..di mana ku harus mencari keyakinan sejati tak mampu ku tangani!! oh tidakkkk..!!!!

Masa kat depan tu aku pun mulakanlah 'speech' aku.. macam ni bunyinya...

assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. saya E__________ selaku ketua rombongan anda............er..haaa..err...hahahaha.. (satu kelas gelak bila tengok aku gelak..) 

WHAT THE FROG????!!! hoi ..!! mana perginya semangat aku ni? mana kau lari wahai semangat dan keyakinan diri? di mana di mana? kau menyorok mana? keluar la..please!! adakah kau takut sebab akan menghadapi peperiksaan besar yang akan membuktikan sama ada kau layak menjadi TOUR GUIDE atau tidak?? itu ke yang buat kau takut?? memang la hanya tinggal beberapa hari saja lagi kau akan berkampung di Bangsar selama 20 hari. tapi apa pun..kau kena kuat dan bersemangat! jangan jadi lemah macam ni..kau kena buktikan pada orang yang tak pernah nak menyokong kau selama ni yang kau boleh! jangan lupa..KALAU KAU GAGAL, KAU AKAN MENUNJUKKAN KEBODOHAN KAU!!

PLEASE LA..IM BEGGING YOU LA WAHAI SEMANGAT DAN KEYAKINAN..KELUAR LA KAU SEBELUM AKU MENJEMPUT KAU BALIK DENGAN CARA KASAR! :D 

haaaaaaa..tengok!! kan aku dah marah! boleh ke tidak? mak jemah pun tak tahu le jah oi!! dah penat dah mak jemah marah-marah si tutttttt ni tapi dia tetap tak jalan.. hak ah!! apa kata kalau you alls je yang nasihatkan dia? mak jemah dah penat la..mak jemah nak stanby untuk outstation dah ni! bye you alls!! ok ok ok ok ok..! alamak teruknya!! :P



SEKIAN, TERIMA KASIH