assalamualaikum semua ..
hari ni aku berada dalam mood haji ..
pagi tadi masa breakfast dengan mak abah dan adik,
kitorang ada bercakap pasal haji ..
macam mana orang dulu-dulu pergi haji,
kenapa mereka nak meninggal kat sana, di tanah haram ..
dan paling aku berminat nak tahu masa tu,
bagaimana mayat dikebumikan semasa mereka dalam pelayaran ke Mekah ..
sebelum aku cerita lebih lanjut,
aku nak buat ucapan sikit sebelum terlambat ..
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA HAJI / AIDILADHA !
ucapan ini dikhaskan untuk semua muslimin dan muslimat seluruh dunia ..
semoga hari raya aidiladha tahun ini dapat menanamkan semangat kita semua untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Kota Mekah suatu hari nanti ..
cuma cepat dan lambat je ..
bergantung kepada rezeki masing-masing ..
aku harap korang semua dapatlah berniat dari sekarang supaya dapat sampai ke tanah suci itu ..
oh ye, kalau korang rajin,
jom kita berpuasa sunat pada hari isnin akan datang ni ?
Isnin 14 Oktober 2013 adalah Hari Arafah 9 Zulhijjah ..
disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji ..
fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a ujarnya,
Rasulullah s.a.w telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Afarah,
sabdanya bermaksud, "Ia menghapus dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya."
(Riwayat oleh Muslim dan al-Turmuzi)
so, kepada korang yang nak puasa isnin ni teruskan niat anda ..
jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah ..
benda ni tak wajib pun ..
so kepada yang rasa mampu, tunailkanlah .. :D
berbaik pada persoalan aku tadi,
bagaimana atuk dan nenek kita ke tanah suci mekah ?
sebab zaman tu kapal terbang belum ada lagi ..
caranya, mereka naik ini ..
eh !! hellooooooo ......
ini bukan kapal titanic yang ada sepasang kekasih romantis tu ke ??
jack dan rose !!
ye !!
eh hellooooooooo ..
boleh serius sikit tak ?
atuk dan nenek kita naik kapal ni la .. percayalah ..
berdasarkan maklumat yang aku dapat,
kapal ni boleh memuatkan lebih kurang 1500 orang ..
dalam ni terjadilah sebuah perkampungan terapung yang mempunyai pelbagai dialek dan pelbagai jenis manusia .. ada yang kaya, dan ada yang miskin ..
semuanya saling tolong-menolong antara satu sama lain dan peramah ..
walaupun berlainan bangsa, dan dialek ..
niat mereka semua adalah satu,
iaitu menunaikan haji ke tanah suci Mekah ..
iaitu merupakan rukun islam yang kelima ..
pernah tak korang terfikir,
bagaimana bagi jemaah haji yang meninggal dunia sebelum sempat sampai ke tanah suci ?
tadi abah aku ada cerita,
mereka-mereka yang meninggal tu,
setelah selesai dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan,
mereka akan diletakkan ke dalam salur khas yang sangat istimewa,
kemudian, mayat akan dilepaskan ke laut ..
bagaimana dengan mayat itu ?
anda fikir-fikirkanlah ..
anda fikir-fikirkanlah ..
walaupun mereka pergi sebelum sempat sampai ke tanah suci,
dan tidak dapat dikuburkan,
mereka tetap berada di bawah lindunganNya ..
Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik dan harus dilakukan ..
Diriwayatkan dari "Umar Bin Al-Khatab RA , ia berkata: "Sesiapa mampu menunaikan haji. namun ia tidak menunaikannya, maka sama saja baginya mati sebagai Yahudi ataupun Nasrani".
"Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengnjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkar kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk".
(Surah Ali 'Imran:97)
kalau dulu, jemaah haji naik kapal laut je ..
kini sekarang jemaah haji naik kapal terbang ..
nampak tak zaman kita makin maju ?
naik apa jua kenderaan pun tak salah ..
sebab jauh perjalanan luas pandangan .. :)
jadi bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberikan ..
kalau dulu, perjalanan ke Mekah menggunakan kapal laut
memakan masa yang lama,
berikut adalah peta perjalanan ke tanah suci menggunakan kapal laut ..
wah .. jauhnya perjalanan merentasi Lautan Hindi lebih kurang 8 ooo km ! |
kini naik kapal terbang hanya memakan masa selama 8 jam penerbangan dari Malaysia ke Jeddah dan kemudiannya kita akan menaiki bas selama 8 jam lagi untuk menuju ke Madinah ..
kenapa jemaah haji yang akan menjejakkan kaki ke sini akan berniat untuk meninggal di sini ??
dan kenapa tanah suci Mekah dikatakan sebagai tanah haram ??
Tanah Haram adalah bermaksud tanah/tempat/daerah yang suci bagi umat islam dimana tiada pengaruh orang kafir dibenarkan di dalamnya .
dan apakah maksud Tanah Halal ?
Tanah Halal pula adalah tanah/tempat/daerah yang dihalalkan orang kafir untuk tinggal dan berada di sana, selain orang islam sendiri.
Selain itu, kita juga biasa dengar, orang-orang yang akan menjejakkan kaki ke Mekah akan berkata, "nanti aku nak meninggal dan disemadikan di sana."
persoalannya, boleh ke kita bercita-cita untuk meninggal di Mekah?
walaupun
dalam sebuah hadith Nabi SAW ada disebut :
Maksudnya: "Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana."
(riwayat Ahmad dan At-Tarmizi)
Beginilah 'perjalanan' yang perlu dilalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah. Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan. Untungnya siapa yaang mati di sini kan ?
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadith tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya HARUS untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.
ok, panjang sangat dah cerita pasal haji ni ..
kalau korang berminat nak tahu tentang pengalaman menaiki kapal laut ke Mekah bolehlah beli buku ni di kedai-kedai buku berdekatan ..
aku dah baca sikit ..
kat google book je ..
tapi kalau baca kat google tak sepenuhnya ..
so lebih baik beli dan baca sendiri .. :P
murah je .. RM 15!
SEKIAN, TERIMA KASIH!