Sunday, 15 September 2013

[[[ OTW LANCAR ]]]

good evening !!
selamat sejahtera ..
dan tidak lupa juga assalamualaikum kepada yang muslim ..

hari ini adalah hari ketiga aku kerja kat CC ni ..
setakat ni rasanya otw lancar la gamaknya .. heh heh ..
kalau semalam ada kejadian budak bergaduh dalam CC ni ..
tahu tak? yang membuatkan aku betek  (bahasa indon - sila cari sendiri maksudnya .. hahahhaha) amat melihatnya adalah ..
orang yang menyerang tu menumbuk orang sambil hisap rokok ..
euwww .. buruk gila muka !! konon hensemlah tu !!
bayangkan . . . . . . . . . .  :P

maka dengan itu .. 
hari ini pula tak adalah budak gaduh ..
cuma tengah hari tadi ada sepasang ibu bapa datang "menziarahi" anak mereka di sini ..
hamboi !! ingat ni pusat asuhan kanak-kanak ke ??
eh bukanlah .. ini hanyalah siber cafe ..
tapi yang tak boleh blah tu suara mak cik tu sampai ke sini aku dengar dia marah anak dia ..
padahal dia dalam kereta kat seberang jalan belah sana ..
hahhhhhhhh !! bayangakanlah kuat ke tak suaranya .. hehe
seboleh-boleh dia nak ajak anak dia balik .. 
padahal budak tu baru tambah RM1 untuk main game ..
lepas tu budak tu merengek la kata tak nak balik ..
mak dia dah jerit-jerit .. hok aloh .. malu demo !
last2 budak tu mengalah dan balik je tanpa  amik duit baki main game tadi ..

namun, tidak disangka-sangka ..
budak tu dan adik dia datang lagi main game kat sini ..
ni sekarang tengah main game la tu ..
dia kata, dah tak ada duit kertas dah .. tinggal duit syiling je ..
lastt-last dia bagi aku RM1.60 je .. hahahahhaha .. sakit pulak perut aku ni gelak ..
then aku tanya, duit tabung ke dik .. 
dia senyum je la ..... hahhaha  :p

kesimpulannya, kepada remaja-remaja dan budak-budak di luar sana,
kalau anda berkeinginan nak main game atau menggunakan komputer di siber cafe,
bawalah duit yang secukupnya .. JANJI jangan duit GELAP ye tuan-tuan dan puan-puan sekelian?
apakah maksud duit gelap ?
duit gelap adalah duit yang datang dari sumber yang tidak baik ..
contohnya, duit curi, duit jumpa, duit rampasan ......

ye yehhh .. lagi sejam setengah nak balik dah ..
cepatlah masa berlalu .. 
aku tak sabar nak close sale dan tutup kedai ni .. hahha
sebab .. esok aku akan pegang kunci ..
dan mula berdikari sendiri ..
lepas ni abang harun dah tak jaga aku dah ..
bak kata dia " pandai-pandailah nak hidup ae"
abang harun ni akan serahkan kunci pada aku lepas ni .. hahahah
hohohoho .. semoga semuanya berjalan dengan lancar ..
doakan saya ye teman-teman ?



SEKIAN,. TERIMA KASIH!