hah !!!
amacam, gempak tak tajuk harini ?? :P
sejak bila pula la ada KLAR ni kan ..
tak ada pun .. saja je .. gimik !!
sebenarnya semalam aku tak masuk kerja,cuti ..
sebab pergi KL sehari untuk menghadiri CTRE ..
apakah CTRE ??
CTRE adalah Continious Tourism Related Education ..
ini adalah untuk tour guide sahaja ..
kira macam kelas tambahan untuk tour guide tambah ilmu baru ..
malah produk-produk pelancongan yang baru juga turut diperkenalkan di sini ..
sebagai contoh, semalam masa nak ke sini,
kami diberi makan daun yang tidak dapat diingati namanya .. haha ..
kalau tengok macam daun pudina ada, daun kari pun ada ..
aku pun cium bau dulu .. macam biasa je .. tak ada sebarang bau ..
bila sudah masuk ke dalam mulut dan dikunyah .......
kunyahan pertamanya membuatkan riak wajah berubah kerana rasanya manis .. :D
namun! setelah beberapa saat kunyahan, tiba-tiba .....
ceng ceng ceng .. rasa kemanisan ini perlahan-lahan berubah dari manis kepada pahit !!
tapi pahit yang ada sedikit kemanisan .. kelat !!
berubah sekali lagi wajah tatkala air kunyahan itu menyentuh lidah !
ohhh .. tidak dapat untuk menggambarkan perasaan ketika itu ..
menariknya, daun itu adalah untuk mereka yang mengalami masalah diabetes ..
berbalik kepada tajuk kita pada hari ini ..
kenapa diberi tajuk sebegitu rupa ??
kerana semalam adalah pertama kali aku menghadiri CTRE di
Kuala Lumpur Tourist Guide Associations .. (KLTGA)
disebabkan pertama kali, jadi masih tidak jelas di mana lokasi sebenar tempat ini ..
aku ada call tempat ni di mana lokasi sebenarnya,
dia kata turun di Stesen Pudu, jalan kaki sikit dah sampai ..
so .. bila dah sampai je stesen pudu,
aku call balik tempat tu setelah keliru gila dengan direction yang orang-orang kat situ bagitahu kami ..
aku dan sorang lagi kawan sudah tidak punya banyak masa ..
kami hanya ada lebih kurang 15 minit sahaja untuk sampai ke tempat yang ingin dituju ..
dengan berbekalkan peta yang telah diprint dari web kltga tersebut ..
kami mengikut sahaja haluan setelah bertanya orang di situ ..
rasa macam nak menangis je sebab ini kali kedua sesat cari tempat ni ..
kami tanya sini sana .. semua tak tahu .. tak pasti .. salah jalan .. bla bla bla ..
akhirnya jumpa seorang pemandu teksi yang sedang minum teh tarik ..
kami meminta tolong darinya ..
dia tahu di mana lokasi tersebut dan sedang cuba memahami peta yang aku tunjukkan ..
tetapi disebabkan masa yang tidak mengizinkan untuk kami berjalan ke lokasi yang ingin ditujui,
kami telah meminta tolong uncle tersebut untuk menghantar kami ..
syukur .. perjalanan 5 minit tersebut membenarkan kami selamat sampai ke destinasi dituju ..
malangnya ! terpaksa mendaki tangga hingga ke tingkat 3!
rembau most wanted yo !!
semput aku nak panjat tangga tu ..
dah la penat berlari ..
turun je dari teksi terus berlari lebih kurang 200 meter ke bangunan tersebut ..
perggghhhh !! tension mak .. sakit pula kaki kita ni ! :D
akhirnya, alhamdulillah kami sampai di tingkat 3 itu tepat pada masanya .. :D
setelah mendaftar dan membuat bayaran,
kelas pun dimulakan dan tamat pada pukul 5 petang .. :D
namun demikian, sekali lagi kami mengalami sedikit masalah,
macam mana nak balik ke stesen pudu semula ye ??
berkat pertolongan uncle teksi yag hantar kami tu dan beberapa orang yang kami tanya ..
akhirnya kami sampai di stesen pudu ..
setelah membeli token untuk ke kl sentral, kami meneruskan perjalanan ..
makan mcd, borak-borak dan kami berpecah di situ ..
kawan aku naik ktm balik ke Batang Kali,
aku pula ke Bandar Tasik Selatan untuk balik ke Melaka ..
it's a long long day ..
all is well ..
be happy .. be ourself ..
SEKIAN,. TERIMA KASIH!