Friday, 12 October 2012

][][][][][][ TRIP PERTAMA SEBAGAI TG ][][][][][][

Pada hari khamis yang lepas iaitu semalam, bersamaan dengan 11 Oktober 2012, aku sebagai ketua lawatan bersama seorang lagi kawan sekelas aku telah berganding bahu menguruskan lawatan kelas aku. Lawatan kelas kami iaitu kelas On-Site Guide telah bergabung sekali dengan kelas City Guide untuk trip ke Royal Selangor Pewter dan Aquaria KLCC.

Pada hari tersebut aku dengan secara rasminya telah merasmikan blue badge aku dan membawa kawan-kawan kolej sepanjang trip ini. Nasib baik ada seseorang yang tunjukkan jalan masa nak pergi Royal Selangor Pewter tu. Almaklumlah.. saya ni budak baru belajar.. masih dalam proses belajar.. apapun sangat la best melawat ke Royal Selangor Pewter ni.. rasa macam nak kerja kat situ je.. bukan buat barangan pewter dia tu.. tapi jadi In-House Guide dia.. hahahaha..

Kemudian, kami lunch di Kampung Baru. sebuah restoran minang. boleh tahan la rasanya. lepas makan, ada seorang awek ni datang usha aku.. hahahah. nama dia Dayah Kim...! jyeah.. anak melayu celop korea.. hahaha.. budak ni belajar kat UNIKL.. so dekat je dengan restoran yang kami singgah tu .. kami berborak sebentar sebelum aku meneruskan trip yang seterusnya..

Lepas tu, masa nak ke Aquaria pula, nak kata sesat tu tak la.. cuma ingat-ingat lupa jalan nak ke sana.. bila dah sampai KLCC, kami masuk dalam tu.. jalan punya jalan, was-was rasanya hati.. tanya orang.. lepas tu kami pun sampai ke Aquaria.. di sana kami dengan rasa teruja dan kanak-kanaknya tengok ikan.. hahahah.. paling best masa berada dalam terowong dia.. ada ikan pari besarrrrr.. tapi sebenarnya saiz sebenarnya adalah 30% lebih kecil.. huhu..

Lawatan tamat.. bertolak pulang ke Melaka dalam pukul 6.15 petang.. sepanjang perjalanan, langit gelap dan mendung.. dan hujan pun turun.. sejukkkk tidak terkata.. kami singgah di RnR Seremban untuk mencekik dan solat sebelum meneruskan perjalanan.. dan sepanjang perjalanan balik itu, kami temui 2 kemalangan.. patut la jammed.. sampai kolej lebih kurang pukul 8 lebih..balik mandi.. sleep ...zZzZzZzZ!! ponat! letih!



SEKIAN, TERIMA KASIH!