Wednesday, 11 April 2012

][][][][][] PERISTIWA DAN KEJADIAN ][][][][][][

PERISTIWA
Seperti anda sedia maklum, kucing saya telah meninggalkan dunia ini lebih kurang 3 hari yang lepas, ekoran dengan peristiwa itu, saya telah mengalami masalah kesedihan, tapi tidaklah terlalu menonjol, cuma kawan-kawan saya di sini perasan akan perubahan yang telah saya lakukan. Antaranya adalah:
- kurang bercakap
- kurang buat lawak
- tak ada mood

Oleh yang demikian, disebabkan hari ini tadi kami semua telah dibawa untuk melepaskan tekanan di Pantai Bagan Lalang yang terletak di Sepang, kawan-kawan saya telah membawa saya masuk ke sebuah hotel bernama Golden Palm Tree Resort and Spa yang terletak berdekatan je dengan PBL ni. Lepas tu ada sikit gembiralah..then, lagi happy bila acara sukaneka yang kami lakukan mempunyai pelbagai permainan dan tema work yang dikekalkan. i like my group! akhir sekali, kami dapat tempat ketiga dari lima kumpulan!? biasalah..adat bertandingkan..?


KEJADIAN
Setelah tamat sahaja aktiviti kami di PBL iaitu kira-kira jam 5.30 petang, saya dan kawan saya telah pergi ke gerai-gerai yang berdekatan untuk membeli sedikit makanan, masa yang sepatutnya diberikan kepada kami adalah selama lebih kurang 3 jam setengah kerana kami akan berkumpul semula di tempat yang dijanjikan pada pukul 8 malam sebelum bertolak balik ke hostel, tiba-tiba......dari jauh saya terlihat pensyarah kami memberi isyarat kepada kami supaya berkumpul semula, kami pun menghampiri mereka. Dengan raut wajah yang kerisauan dan sedikit cemas, saya dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang sedang dan akan berlaku. Apakah ia?? Itu yang sedang saya fikirkan saat itu. Selepas selesai sahaja pensyarah itu berbual dengan telefon, dia memberitahu bahawa amaran stunami telah dikeluarkan kerana di Acheh telah berlaku gegaran yang sangat kuat dan dijangka stunami akan tiba di georgetown pada pukul 9 malam manakala tiba di port dickson pada pukul 2 pagi. Oh tidak! di kala itu, i'm very speechless doh! tak tahu nak cakap apa dah masa tu..dalam dikiran cuma satu! that is my family! my mum, my dad, my brothers and all my family... hurm...so sad derrr... very the takut sangat.. :P

Selepas itu, kami semua dengan pantasnya mengemas segala perkakas dan barang-barang yang telah dibawa seperti makanan, khemah, beg-beg dan sebagainya. Di waktu yang ada ini saya mengambil kesempatan untuk memberikan pesanan ringkas kepada my mum, kawan-kawan, dan pensyarah. Minta maaf bagai.. lucu ke? entah...lu fikirlah sendiri..lepas itu, sepanjang perjalanan kami berjalan pantas ke bas yang sedang menunggu kami, beberapa orang dari rakan-rakan saya telah memberitahu orang-orang di situ. Malangnya! Orang itu hanya senyum dan ada yang tergelak! ok fine..tak takut mati rupanya, dah lama hidup la tu...muhahahahahha!!!

Apabila semua orang telah selemat sampai ke dalam bas, kami semua masih berada dalam keadaan yang risau dan sedikit cemas, tatkala itu jugalah lagu Ibu dimainkan di corong radio, saat yang sangat menenangkan..sehinggakan ada seseorang daripada rakan kami mengalirkan air mata! mungkin sebab dia rindu atau sebab lain. biarkan aja, asalkan dia bahagia. Selain itu, tutuplah sudah kisah seseorang menangis, kisah kedua adalah kisah seseorang lelaki ini menyampaikan rasa hatinya kepada seseorang gadis! wah..so lala so sweet! hahaha..kerana kami bersorak dan memberi perangsang kepada lelaki itu supaya menyanyikan lagu di dalam bas itu, hahah..hilang semua rasa takut kami ini.. :D apapun semoga bahagia, kalau ada jodoh. 

KESIMPULANNYA, macam-macam perasaan yang timbul dalam diri saya pada hari ini. perasaan apa? renung-renungkanlah..selamat membaca entri saya yang seterusnya...bye....



SEKIAN, TERIMA KASIH!