ASWARA.....ASWARA.....ASWARA...!!!! Impianku jadi kenyataan jua....kerana pada 3 Jun 2011 ada sehelai surat telah dilayangkan oleh seorang posmen..... :D
Pada mulanya aku ingat surat mak atau abah, so aku biarkan je lah...petang tu, masa aku tengah sibuk dengan kerja untuk membooking lawatan sambil belajar kami ke Pulau Perhentian hujung bulan ni. Tiba-tiba aku teringat nak amik adik aku yang baru habis motivasi 3 hari 2 malam di KUIM.
Bergegas aku pergi amik dia...aku ada juga perasan surat dalam box tapi aku ingat nak amik lepas aku amik adik aku ni la..then, sampai je rumah, baru teringat yang tengah hari tadi ada posmen hantar surat. aku pun tolehlah ke peti surat rumah aku..aku membesarkan mata dan berkata "macam kenal je warna surat yang ada dalam sampul ni..".
..aku pun ambil surat tu dan..hampir terkeluar biji mataku ini melihat namaku tertera pada surat itu, iaitu surat dari ASWARA..!!! Pada masa tu juga aku terus buka surat tu! Sampaikan tak sempat nak turun dari motor..hahaha..Perkataan pertama yang aku nak cari dalam surat tu adalah "SUKACITANYA"...tu je la Kata Kunci untuk mengetahui sama ada aku dapat atau tidak masuk ASWARA ni...dan akhirnya..!!!! aku jumpa perkataan tu..! :)
...aku pun masuk dalam rumah dan tunjuk pada abah..aku tahu, dalam hati abah mesti dan berbunga-bunga, mesti dia bangga anak dia macam anak orang lain juga yang berjaya melanjutkan pelajaran. pernah ada satu hari tu, abah aku cakap dengan mak aku, "anak aku ni pandai juga ye"...wow..terharunya....abah kata macam tu sebab pendidikan aku lebih tinggi dari dia sekarang..mesti dia bangga sebab aku dapat menunaikan hasrat dia dan mak supaya belajar dan mendapat pendidikan yang lebih tinggi dari mereka..tanpa mak dan abah, ezza tak mungkin ada di dunia ni dan tak mungkin ezza dapat segalanya yang ezza nak..terima kasih mak..abah...ezza sayang kamu berdua...! <3 <3 <3 :'D
... ah sudah...sambung cerita tadi... masa abah tengah baca surat tu abah tanya, "kau nak pergi ke tak?"..aku kata,"nak "...lepas tu abah kata, "tak nak lagi bagus.."...haha aku kata la, "orang nak pergi lah..." hehehe...berkobar-kobar masa tu...rasa tak sabar nak pergi ASWARA...tp sedih pun ada juga sebab terpaksa tinggalkan keluarga aku dan kucing-kucing aku.. :'( sedih sedih sedih....sobssss sobsss ...
...tapi kan...hurm...aku terpaksa tinggal juga ini semua...tak apalah..susah-susah dahulu, senang-senang kemudian kan,..? :P hurm..risaulah pulak sebab ASWARA ni tak ada PTPTN..erm..so macam mana ye...kesian abah dan mak..mana mereka nak cari duit untuk bayar yuran pengajian aku dan belanja aku sehari-hari di ASWARA ni...dah la kat Kuala Lumpur..kalau kat Melaka tak heranlah..hari-hari boleh jenguk..boleh bagi duit..boleh pos ini boleh pos itu...:(
...so satu je niat aku sekarang..aku nak belajar betul-betul..aku tak nak main-main..aku tak nak kecewa lagi...cukuplah aku kecewa dengan STPM aku...anak Melayu, anak jati Malaysia, tapi gagal dalam Bahasa Melayu..apa tak tahu malu ke?? malulah sikit ezza oi...kesian mak abah kau tau tak...so lepas ni kau kenelah belajar betul-betul...kalau boleh jadi pelajar cemerlang, nanti bila dah kerja senang la nak bayar balik segala keperitan dan kepedihan mak abah kau dulu..ok??? er...ok ok ok.. baiklah... :)
...jadi dengan ini, saya, E_ _ _ N _ _ A_ _ Bte J _ _ _ _ _ berjanji yang saya akan belajar rajin-rajin untuk menebus segala kepayahan dan kesusahan ibu bapa saya mencari rezeki untuk menyara dan menampung segala-galanya dari saya lahir hinggalah kini.. IM PROMISE..!
No comments:
Post a Comment