semalam..bersamaan dengan 17 Mei 2012..aku bersama dengan 7 orang kawan pergi buat jamuan akhir tahun..dekat je..kat Mahkota Parade..kami pergi dengan seorang pensyarah kami..seorang pensyarah lagi tak dapat join sebab ada kerja nak diuruskan..so pagi tu pukul 9.30 am lebih kurang kami pergi ke MP naik kereta pensyarah kami. Cik Linda nama diberi..
tempat pertama yang kami tujui adalah Pizza Hut di MP..makan-makan..borak-borak..gelak-gelak..order it..order ini..makan itu makan ini..order je mana nak sebab Cik Linda kami belanja! akhirnya..bila tengok resit..jumlahnya adalah..
RM182.20! eiiii..sikitnya! adoii..! thanks Cik Linda..
misi kami diteruskan lagi ke tempat game..kami semua lawan Daytona! hahaha..malangnya aku dapat tempat ke 3 dan ke 2 sepanjang 2 token yang dimasukkan ke dalam mesin tersebut..oklah tu..dan tahniah la kepada juara kita..En. Wandy Ridzuan dan naib juaranya, En Tomok..hahaha..syiioookk!
seterusnya, tibalah dengan aktiviti yang ditunggu-tunggu iaitu karaoke!! my favourite part!! muahahahah!! kami amik bilik large..harganya RM 22..duit sapa ni? duit Cik Linda kami la..dia bagi RM 30..haha..di situ kami karok puas2..macam-macam genre yang dinyanyikan dan tak ketinggalan lagu dangdut!! :P dan aku..lagu dari amy search dan faizal tahir sudah pasti tidak akan ketinggalan.. :D
kemudian, kami bergi main bowling...main je la..haha..tak ada la pakar sangat pun..adoii..kami berlapan, duit baki karaoke kami yang sejam tu kami campurkan sekali untuk bowling..di situ bayaran yang dikenakan untuk dua game adalah lebih kurang
RM 79.80! . Dan juaranya adalah.... kakak kita yang sudah teror dan pakar dalam bowling..tak lain tak bukan..Cik Anie..! naib juara diikuti dengan En. Wandy dan orang yang kelapan adalah Cik Chaq!! :P aku tengah-tengah la..ok je..masuk longkang tu biasa la..hahaha..
akhirnya kami berpisah dengan wandy dan tomok lepas main bowling sebab kak nadia kena balik sebelum pukul 3..fera pula sebelum pukul 4 sebab nak ambil adik dan akak dia kat tempat lain..so kami pun berpisah lagi sekali dengan fera dan chaq..maka tinggallah aku, kak anie,adik kak anie dan kak nadia..kami berempat jalan-jalan cari pasal..
pukul 7 malam..mak aku datang amik..dan kami balik semula ke kolej..tapi sebelum tu kami buat apa? adalah..hanya tuhan je tau..hahahahaha..tapi yang pasti mesti ada karok..kami karok buat kali kedua..tapi jamban je la..lagu yang menjadi pilihan aku adalah Kerja Gila dari Amy Search, My Heart Will Go On dari Celion Dion dan Matahariku dari Agnes Monica..peh! pecah tekak kita nyanyi lagi tinggi ni..hahaha..oklah tu..woot woot..apapun best..lepas ni nak pergi lagi...dengan awak la hanny vocanny.. :P